jadikan denyutan nadimu berentakkan zikrullah

Sunday, November 20, 2011

Daripadanya

Mata kelihatan sedikit bengkak pagi ni..kesan operasi "cuci mata" malam tadi..pagi tadi sambung lagi sket untuk habihkan..sudahnya bertambah le kesan bengkak di mata..Apa yang aku dapat?...takkan dengan melelehkan air mata masa sesi pembacaan tu dah cukup?..menghayati dan cuba membayangkan situasi??..adakah sekadar itu??

Buku tersebut memberi inspirasi tentang kekuatan seorang isteri dalam mengharungi cabaran hidup sebuah kehidupan,..menjadi penguat kepada seorang suami yang menghidap barah..Ianya sebuah cerita sebenar,..justeru segala peristiwa yang terpahat tersusun kemas dalam penulisannya..apabila bercakap tentang true story, justeru kita tak dapat nak mengelak daripada wujudnya kelemahan dalam perwatakan seseorang (bukan seperti fairytale yg indah2 blaka)..Namun ianya amat memberi inspirasi apabila si isteri tersebut berperanan penuh sebagai sandaran kepada seorang suami...terlalu positive orangnya..mungkin dengan cara beliau dibesarkan.."dugaan yang hebat..untuk orang hebat"...

Dari jauh, aku mengharapkan beliau terus kental membesarkan anaknya..bersemangat dalam menempuh kehidupan mendatang...terima kasih kerana menghasilkan buku tersebut..menyedarkan aku, kita perlu berani menempuh setiap cabaran..demi orang-orang tersayang,..jgn mudah mengalah...betapa pentingnya hubungan kekeluargaan, kerana mereka sentiasa ada untuk kita...dan banyak lagiiiiiiiiiiiii..

nak pass buku ni kat kakak lak..supaya kita semua lebih menghargai hidup ini dan masa yang berbaki untuk kita...

semoga segalanya bertambah baik...

No comments:

Post a Comment