jadikan denyutan nadimu berentakkan zikrullah

Thursday, January 6, 2011

terkenang jua..hihi

Alkisahnya..ku terkenang jua peristiwa di sekolah lama..sebuah sekolah di Ipoh..yg pada mulanya..aku pergi dengan langkah berat..dan akhirnya..aku melangkah keluar juga dengan hati yang berat biarpun hanya sempat bersekolah selama 8 bulan..

Kebetulan masa tengah sembang di bilik cikgu (ziarah skolah lama di kedah)..masa tu, de seorang muallimah a.k.a cikgu, masuk bilik cikgu tu..Ku pandang dua tiga kali..cuba mengingat kembali..ini pasti cikgu baru..tapi rasanya cam bisa ke temu..tapi dimana ya..??..aku bangun untuk bersalam..sedang di fikiran ligat berpusing mencari tempat dan masa pertemuan dahulu..

Ya..ya..ya...tersenyum sendiri..dah dapat!!..

--------------------------------------------------------------------

"Pelajar yang lambat lepas perhimpunan sila tunggu.."..

Aduh..kami mengeluh semua..Malunya..dah sah-sah hanya kami yang terlewat..sudahlah uniform yang berbaris memang teramat le berbeza warnanya dengan uniform pelajar lain..kalau duk sebatu pun..pelajar lain dah leh cam, tu pastiny kakak2 ST**..huhu..

Nak wat camne..pagi tu hujan..kami pula semuanya berbasikal dari rumah sewa..lima-lima orang ni plak sebelum ni mmg xde pengalaman berbasikal g sekolah seblum duduk kat Ipoh tu..(sama ada duk asrama-bjlan kaki g skolah..atau berulang dengan bas/kereta/van)...so bila hujan ni..masing2 buat andaian, owh..tak pe tunggu hujan renyai2 sket..baru kita bertolak..dengan gaya selambanya masing-masing siap sambil2 tunggu hujan reda..

so bila hujan dah berenti..masing2 naik basikal bawa hati2 le..jaga baju sume...time loceng bunyi, kami sedang menuju parking basikal...tapi tetap kena beratur kat tempat orang yang lambat..sedih..pdhal tpt basikal gan tpt beratur dekat lah gak..n sudahnya kena denda gak..aduh...agak sedih di situ..kena sapu koridor setiap tingkat bangunan tu..hihi..adik2 pun mcm reaksi..org kena denda, sure de yg gelakkan...

Itulah cikgu yang mengenakan denda pd kami...wpun cikgu tak mengajar kami..dan kami pun xmngenali sgt cikgu..tapi disebabkan pernah kena denda..smpai sekarang kuingat wajah cikgu =)...

------------------------------------------------

"Muallimah dulu mengajar kat ....Ipoh kan?..."
"ye..camne tahu?..pelajar muallimah ke?"
"Kitorang pelajar ST** kat sna..muallimah tak ngajar kami..tapi saya ingatlah muka muallimah.."cuba berselindung..tak nak buka kisah lama..

Aku tarik Maiyah..
"ingat tak..muallimah kat Skolah..Ipoh"...
Maiyah pun cuba mencari maksudku....
"Owh..ingat..kami pernah kena denda dulu gan muallimah sbb dtg lambat"...

Aduh maiyah..awat ampa g sebut...segan ler..

Sudahnya..panjang muallimah bercerita pasal pelajar ST** waktu itu....
yang pasti ayat muallimah yg kuingat..."Pelajar ST** akhawat ni manja dulu"..huhu..Hanya kami yang faham maksud yg tersirat dari ayat itu...=0


>>Mana agaknya pergi teman2 ST** yang lain...Selain kami bertiga yg fly ke Jordan, Tiga lagi d Msia..sorang ntah kemana..dan selebihnya di Mesir..namun semuanya tak berhubungan dah..cuma dengar2 je..ada yg mendirikan masjid..yg dah ada si kecil pun de..perpun, tahniah..ntah bila pertemuan semula akan diatur..yg pasti semuanya sedang memburu impian dan cita-cita demi agama, keluarga, dan negara..Semoga segala urusan dpermudahkan Allah dan mendapat kejayaan yang sebenar,amin..

Doakan teman kalian jua di sini, =)