jadikan denyutan nadimu berentakkan zikrullah

Saturday, December 11, 2010

Salam

Salam Maal Hijrah walaupun dah masuk bbrapa hari..Smoga tahun ini..dapat kita semua menjana transformasi untuk kebaikan agama,diri, keluarga, dan negara..amin..bagi diri ini..agak sedih tahun lepas yang berlalu..agak kurang memberangsangkan dari segi pencapaian diri dalam beberapa aspek yang diukur..Nampaknya indeks pembangunan diri hanya mencatatkan sedikit peningkatan..agak sedih di situ..so kena ada usaha lebih lagi..SEMANGAT!!!=) mcam nk kna g program motivasi je..nak refresh balik semangat org muda ni..menggilap balik potensi yg de..bila ek?..

Baru balik dari Perlis....bermalam di umah Farah..dan hari ini..alhamdulillah dapat menunaikan tanggungjawab sbgai seorang sahabat >>menghadiri majlisnya apabila dijemput..rasa lega dalam hati bila dapat juga menghadirinya..kerana takut terpaksa cancel plan last minute..Pengalaman lepas ada pengajarannya..bila mana tak dapat menghadiri walimah seorang teman..rupanya ada yg rajuk..huhu..maaflah..mmg teringin nak pegi..tapi lampu oren je dapat..ijau nye tak muncul2 lak..huhu..setakat ni masih tak bpeluang nak menebus kesalahan lagi..hadiah dah ada, tapi peluang utk menyerahkannya sndri tu ntah bila..jumpa lagi insyaallah..tahun depan pun tahun depanlah..=)perpun, lepas ni, klu org dah jemput, insyaallah akan ku usaha untuk memnuhi jmputan2 tersbut..

Perjalanan ditemani Farhah, tq (",)..alhamdulillah de gak teman,..kna plak kali ni btembung gan pembuli jalan (kata ayah...refer to samseng2 jalan raya)...alhamdulillah xde pe yg blaku..wpun xdelah cuak sgt pun, coz dia yg cri pasal sndri..kita pun mlas nk layan org cmtu..tp riso gak le, dah nama pun pmbuli..bukan reti nak hormat org lain..P/s:..Jika anda pengguna jln raya yang bhemah lagi bbudi perkerti, sila hormati pengguna yg lain..ikut peraturan dan jgn mnyusahkan diri apatah lagi org lain ye..(Jika anda hormat pd org lain, org lain akan mnghormati anda juga...)

Hmm msuk bab lain..camne bljar...camtulah..=)..alhamdulillah dah abih baca smua bab dgn penyelia..bab blakang tu je nak kna tambah lagi..dsbbkan de masalah2 br timbul..ingt balik penang kjap ni, nk g cri mklumat lagi..tapi kali ni dugaan lbih skit.susah sket nk dpt mklumat..so tpaksa hold on jap..wpun mende yg nk tny tu simple je..nsib bek de gak pgawai nk mmbantu, tp yelah ujung tahun..org tgh sibuk..kna tunggu..so smntara tu siapkan pe yg patutlah..insyaallah..klu xde masalah, ujung bulan ni paling lambat nk submit..Ya Allah,permudahkanlah..

Hmm..kepala msih bdenyut...kurang air suam ri ni agknya..asyik minum air manis kat knduri..kui3..so kna refresh blik dri..dah masa tdo pn..

Akhir kata, Salam Maal Hijrah..Sy mohon maaf ats sgla kkurngn atau kterlajuran kata dan pbuatan..Peace No War!..take care..slm

Saturday, September 4, 2010

Sambung belajar di UM

Ramai teman2 yg bertanya camne nak sambung beljar kat um..syarat kemasukan?yuran?n silibus camne..?

so nak mudahkan..website ni de terangkan semua mende..smoga ni dapat membantu anda mencari jawapan ye..(^_^)

http://ips.um.edu.my/

Kemasukan baru pun dah dbuka..sapa yg nak smbung, jgn tunggu2 lagi..apply je cepat2..bi taufiq wa najjah

erMm

Pejam celik je..dah berada di penghujung Ramadhan..terasa cepat masa berlalu..2 minggu travel dari penang ke kl ke penang balik..ke kelantan dan trus ke kl balik..agak meletihkan travel bulan posa ni..nak drive sorg pun..xbertahan..nasib bek de adik yg leh bgilir drive..sekali sekala baru ayah gantikan bila dua-dua dah layu..alhamdulillah dah smpai rumah, baru rasa segar..rindu btul..walau jauh ke mana pun, memang kena balik umah dlu amik mood tuk btenaga smula..

2 minggu yg berlalu gak..banyk mende yg diharungi..mende best dan mende xbest..berita baikk punye..dan berita sebaliknya..huhu..antara yg bestnya, alhamdulillah dpt twran n tgh menantikan berita baik dr um lg..semoga bulan Ramadhan ni dilapangkan lagi pintu rezeki, amin...yg best lagi, adik balik bw balik coklat...rezeki gak tuh,alhamdulillah..

antara yg sebaliknya..baru ni dlm travel2 tu..mcm2 hal..tlibat gak gn accident kecil..wpun xdelah truk mna..tapi agak megejutkan n mdebarkan..jadikan sebagai peringatan drpd Allah..wpun bukan salah kami n mende pun alhamdulillah dah settle dgn cra baik..seminggu seblum tu lak..dalam sehari kena setllekan 6 urusan..bekejar ke sana ke mari..dan bhdpan dgn mcm2 ragam manusia..peningsss...alhamdulillah dah settle..

2minggu yg byk memberi pengajaran dan kesedaran buat diri ini..xbyk yg leh kongsi di sini..perpun..2 minggu ni benar2 mencabar..dan menguji kesabaran..kui3..
Dan akhirnya, sempena Ramadhan bulan yang insyaallah mustajab doanya..diri hanya mampu "memohon keampunan daripada Allah Yang Satu dan berdoa agar jadikanlah diri ini hamba yang bersyukur atas segala kurniaanMu..bersyukur dalam erti kata sebenar..bersyukur atas segala kelebihan dan kekurangan yang ada..menzahirkan tanda kesyukuran melalui hati, perkataan dan perbuatan hamba ini..jadikanlah diri ini hamba yang sabar dan redha atas segala ketentuanMu"..

akhir kalam..ati2 le drive sapa yg nak balik kampung tu ye..klu kita dah ati2..ati2 gak tuk org lain..huhu..kita tak cuai..org lain lak yg cuai..semoga pjlanan selamat smpai..baca doa bebyk..slm ramadhan..

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum wbt,
salam Ramadhan bt semua..pastinya semua mengharapkan yang terbaik pada ramadhan kali ini..mudah-mudahan kita berhasil mendapat manfaat dari bulan ini, amin..

Ramadhan kali ini mungkin lebih tenang bagi diri ini..rasanya ini peluang ramadhan yang paling baik untuk direbut memandangkan ramadhan kali ini insyaallah akan dilalui bersama ayah dan ibu di rumah..tiada lagi rumah sewa, kolej dan asrama!!..huhu..sepenuh masa di rumah insyaallah, dengan kelapangan masa yang diberi..tanpa tugasan yang membebankan..semoga diri ini menghargai peluang yang diberi Allah..entah bila pula kan dapat peluang begini..

Alhamdulillah..kajian boleh dikatakan hampir siap..empat bab telah siap ditulis..tinggal bab terakhir, yang sedang diusahakan..itu pun disebabkan hasil daripada pembentangan baru-baru ni, pensyarah2 memberi cadangan agar diadakan perbandingan dengan institusi lain, bagi menambahbaikkan hasil kajian..sudah pastinya cadangan dari sifu2 akan digunakan..walaupun agak terlambat sedikit daripada perancangan masa yang dibuat..namun,rasanya masih boleh dikejar agar tidak terlalu berlengah dalam menyiapkan keseluruhannya, Insyaallah..

Walaupun agak cuak sedikit,..(sedikit ke?)..bab yang dah siap ditulis, masih dalam proses muroja'ah dengan supervisor..setiap kali perjumpaan, penyelia akan semak terus dan memberi teguran dan cadangan untuk memperbaiki hasil penulisan..tp perjumpaan ini tak leh nak wat dengan kerap, tu yg agak merungsingkan..kdg2,ok..kdg2 pembetulan tu sdikit tp, byk lak nak cari sumber rujukan..tu belum masuk bab yg betul2 men'cuak'kan..huhu

sempat ke idak nak settle semuanya sem ini..notis pun tak antar lagi..nak antar cepat2 pun xkena..nak wat lambat pun xkena..setiap hari menghitung dan mbuat perkiraan sndri..semoga urusan ini dipermudahkan Allah..amin..

hm..dengarnya, ramai juga teman2 yang sambg bljar..kat ukm pn de,kt um n uia..selamat belajar bt yg sambg bljar...smga gigih dlm medan ini dan smg dpmudahkan dlm sgla urusan..amin

Akhir kata..mohon maaf atas segalanya..
>> Ya Allah, jadikanlah tidurku tidur hambamu yang soleh, yg sntiasa mengingatiMu..jangan jadikan tidurku tidur orang yang lalai dari mengingatiMu, amin

Thursday, June 24, 2010

i.s.l.a.h

Setiap hari yang berlalu..pasti diakhiri pada malamnya agar andai ditemukan lagi dengan keesokkan harinya semoga ianya memberi lebih kebaikan dan kebajikan di dunia dan akhirat..amin..

Mengislahkan diri daripada yang tidak baik kepada baik..daripada baik kepada yang lebih baik..dan daripada yang lebih baik kepada yang lebih cemerlang memerlukan seribu satu semngat dan usaha yang gigih..apa yang paling, sentiasalah berdoa memohon kekuatan dariNya agar segala perubahan ke arah kebaikan yang dilalui, semangat dan usahanya bukan sampai di situ sahaja..tapi masih dan akan terus kental ibarat jiwa seorang mujahid yang tidak mudah kalah...

P/s..ya,bersemangatlah wahai diri!!!Semoga diberikan kekuataan dan kemanisan dalam ibadah kita, agar hati jadi lebih rindu padaNya..amin

Tuesday, May 18, 2010

Tahniah UM !!

KUALA LUMPUR: Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjadi universiti Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) pertama negara, menduduki tangga ke-69 di belakang Universiti Malaya (UM) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang masing-masing pada kedudukan ke-39 dan ke-51 dalam senarai 100 universiti terbaik Asia. Penarafan universiti serantau yang pertama kali dikeluarkan oleh QS Quacquarelli Symonds Ltd, iaitu penyusun Times Higher Education-QS World University Rankings, turut menyenaraikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tangga ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-90.

Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli, berkata keputusan penarafan QS.com Asian University Ranking dibuat berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.

Beliau berkata, universiti terbaik bukan hanya cemerlang dari segi kualiti, malah produktiviti tinggi dalam penyelidikan berbanding universiti lain.

"Prestasi universiti Malaysia adalah baik dengan bilangan pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak. Keputusan ini menjadikan belajar di Malaysia sebagai pilihan menarik kepada pelajar antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berita dipertik dari http://pmr.penerangan.gov.my/

Saturday, April 10, 2010

Coretan hati yang bibir ini tak bisa bicarakan..

Buat dirinya dan mereka..
Terima kasih atas ukhuwwah yg terbina..
Bila ukhuwwah yang dibina atas jalan Allah..
Bertemu rasa tak jemu..
Berpisah terasa rindu..
Tulah baiknya bila duk bjauhan..
Lagi jauh..lagi terasa rapat....?...
Bak kata pepatah..
jauh di mata dekat di hati..huhu..
Semoga ada pertemuan lagi selepas ini..
Maafkan atas segala kekurangan diri..

P/s..sayangkan teman, tinggal-tinggalkan..huhu..lagi jauh lagi rindu..

Thursday, April 1, 2010

Perancangan masa depan?..

Berminggu sudah berlalu bila saya membaca artikel dari sebuah akhbar berkaitan dengan perancangan masa depan : Beli rumah di usia muda..begitulah kira-kira tajuknya..

Setuju dengan pandangan yang diberikan.."Beli rumah pada usia muda"..Saya nak ulas panjang2 pun tak kena gak..coz pendapatan sendiri pun xde lagi..(masih belajar sepenuh masa)..namun sekadar rasa ingin berkongsi..dan meluahkan dari minda ni..

Ibu selalu pesan..sebaiknya rancanglah membeli rumah di usia muda..hmm..mmg betul..Ibu ngan ayah dah pesan awal-awal..jgn diharap pada harta ibu ayah yang hanya sedikit ni..huhu..cukuplah ibu ayah bagi pendidikan untuk kami berusaha sendiri..itu harta yang terbaik yang diwariskan...

Hmm..sepertimana kata seorang hartawan ternama dunia berkata, "Giving your children too much money is a burden, not a gift, and is not a rational thing to do with all that wealth".

Dan berbalik pada usaha sendiri...memang bukan mudah untuk memiliki aset seperti rumah memandang harganya yang semakin melonjak tinggi..tapi jika difikirkan semula..sepertimana yang diulaskan daripada artikel di atas..membeli aset seperti rumah di usia muda sebenarnya mempunyai banyak kelebihan..
Antaranya, kita dapat mengurangkan bayaran pinjaman dengan peluang pinjaman jangka panjang..selain itu, jika membeli rumah di kawasan yang strategik walaupun kita tidak mendudukinya, namun kita dapat melaburkannya dengan menyewakannya pada orang lain dan sebagainya..

Memetik daripada artikel tersebut juga, katanya orang muda sekarang kebiasaannya lebih berminat untuk membeli aset susut nilai seperti kereta, handphone jenama dan barangan mewah lain..sedangkan aset-aset tersebut punya susut nilai selepas saja hari pembeliannya tetapi aset sepeti rumah adalah sebaliknya..malah harganya akan semakin mahal dan nilainya semakin meningkat..Hmm..mmg betul gak bila difikirkan..

Artikel tersebut juga mencadangkan agar kaum wanita juga ke hadapan dalam usaha memiliki aset sendiri.. kebanyakkannya wanita hanya akan membeli rumah bersama pasangannya setelah mendirikan rumah tangga bersama..

Hmm..tak mengapa..tapi andai punya peluang untuk memiliki aset sendiri adalah lebih baik..Di samping dapat mengukuhkan ekonomi sendiri, dapat juga menyediakan payung sebelum hujan..jika terjadi sesuatu yang tidak dikehendaki..(memang kita tak mahukan perkara tersebut terjadi - semoga kita dijauhkan Allah dari perkara tersebut, tetapi tak salah untuk berhati-hati dan sentiasa bersedia)..

Memetik lagi.."Sering terjadi apabila berlaku perceraian, wanita akan menjual rumah tersebut supaya dapat melupakan kenangan dan memulakan hidup baru..tetapi hidup baru yang dibina bertambah perit..bila terpaksa menyewa atau membeli rumah lain dengan beban hutang yang lebih tinggi dalam usia berkenaan.." - semoga kita dijauhkan Allah dari perkara tersebut

Betullah tu..tambah lagi dengan nak cari duit untuk besarkan anak, sedangkan pada usia tersebut dah boleh menikmati hidup selesa jika dirancang dari awal..

Akhirnya..beberapa tips telah dikongsi bersama;
- belilah rumah yang telah dimajukan kawasannya..supaya kalau kita tak duduk pun, senang nak disewakan pada orang
- belilah rumah yang kita boleh jenguk tiap2 minggu ke bulan ke...dlm kata lain..yang mudah dijenguk..
-jgn terburu-buru membeli rumah, buatlah keputusan yang bijak!

Hmm..camne???..huhu..tak pe..tak perlu tergesa-gesa..ikutlah kesesuaian rancangan masing-masing..bak kata pepatah.."Ukurlah baju di badan sendiri"..perbincangan ini hanya sekadar berkongsi dan membuka minda..mungkin 5 tahun lagi?..10 tahun?..15 tahun??!!..

kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya mohon diberi petunjuk oleh Allah..Moga dipermudahkan dalam segala pekerjaan dan dimurahkan rezeki..amin

Saya?..isi poket dulu.. =)

Wednesday, March 3, 2010

Nanny 911 ??

Sekadar berkongsi maklumat, de satu program realiti tv..yang bertajuk "Nanny 911".

Program yang mana akan menyelesaikan masalah tingkah laku kanak-kanak dalam sebuah keluarga..Mereka akan menyelesaikannya dalam tempoh 7 hari/seminggu..Memang menakjubkan!!..Imaginelah kanak-kanak yang memang teramat nakal, teramat aktif..termat degil..dan sebagainya..

Program ini amat menarik, selain daripada ianya berbentuk realiti, ianya banyak memberi input-input yang berguna mengenai cara mendidik kanak-kanak yang betul..So buat ibu bapa/bakal ibu bapa/ mereka yang sering berkomunikasi dengan kanak-kanak spt pengasuh, guru tadika/ mereka yang berminat untuk mendalami psikologi kanak-kanak sepatutnya digalakkan untuk berkongsi ilmu darinya..

>>Buang yang keruh, ambil yang jernih>>
>>Setiap tingkah laku kanak-kanak merupakan respon/refleks daripada tingkah laku ibu bapa..>>

Disebalik sebuah ketegasan

Perwatakan yang tegas..tak kena tempat, orang jadi jauh..kena tempatnya, orang jadi akur..

Bagaimana nak meletakkan neraca ketegasan ni ditempat yang adil (pada haknya)?..

...
......
.........

Sunday, February 14, 2010

Harapanku..


Dalam pelbagai cita yang dituju dalam hidup ini.Antaranya, saya amat berharap, saya mampu membahagiakan ibu dan ayah saya selagi hayat dikandung badan.Ya Allah, jadikanlahku anak yang solehah yang mampu membahagiakan kedua ibu dan ayah di dunia dan akhirat, begitu juga dengan kakak-kakak dan adikku..amin

....
.......
...........Semalam tengok sebuah citer kat tv..cerita Singapore..klu sapa yg tgk, tahulah..tak pasti tajuknya apa, coz tgk pun dah sekarat jalan..sekadar nak rehat2kan otak jap..tapi de mende yang menyebabkan rasa amat tersentuh..

Kisah seorang ibu..yang dah bersusah payah membesarkan anak-anak..sampailah anak-anak dah senang..pastu susah... n senang balik...hmm..realiti yang sering berlaku..bukan dalam keluarga bangsa Melayu je (yelah ayik kuar paper ri tu sal mende ni)..rupanya..memang dah zaman sekarang, ramai anak lupakan ibu dan ayah diorg..dah tak kira bangsa dan tempat..

Ada setengah orang kata, perkara ni terjadi pun disebabkan ibu dan ayah yang salah mendidik.Ada gak yang kata sebabnya kurang pengetahuan agama, ada gak yang disebabkan pengalaman silam, dan mungkin terjadi gak dah diri sendiri memang perangai camgitu (penting diri..xkenang budi)..atau mungkin gak faktor luaran iaitu dari pasangan anak (menantu) yang dah pengaruhi anak...

Walau apapun, salah dan puncanya yang mengheret kepada masalah tersebut..wahai anak-anak sekalian (termasuklah diri ini)..perlulah ingat..apabila ibu bapa telah tua..menjadi TANGGUNGJAWAB kita memastikan keperluan rohani dan jasmaninya terurus,kesihatannya terjaga dan kebajikannya diambilkira...sepertimana menjadi TANGGUNGJAWAB ibu dan ayah mendidik dan membesarkan kita..

Ada juga yang melihat menjaga ibu bapa d hari tua sebagai ehsan dan bagi menjaga mata dan mulut masyarakat sekeliling..walhal, hakikatnya...itu adalah tanggungjawab atas seorang anak..tanggungjawab yang akan disoal di Hari Akhirat kelak..tanggungjawab yang akan membebani amalan kejahatan jika tidak ditunaikan..Oleh itu, jangan kita hanya memandang tanggungjawab kita pada suami/isteri, anak-anak dan masyarakat, tetapi melupakan yang suatu masa dulu paling dekat dengan kita,iaitu ibu dan ayah kita..

Janganlah sehingga di hari pemergiannya, dia menangisi perbuatan anak-anaknya.Dan setelah ketiadaannya juga, baru dikau tahu menghargai dan mengerti erti seorang ayah dan ibu sedangkan waktu itu telah terlambat untuk menebus kembali..dan ingatlah kita, HIDUP IBARAT RODA..hari ini kita di atas, esok lusa mungkin di bawah..hari ini kita anak, mereka ibu bapa..esok lusa, kita ibu bapa yang punya anak-anak!!Mahukah kita diabaikan dan tidak dipedulikan oleh anak-anak kita di hari tua kita nanti?..Tepuk dada tanyalah IMAN..

Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah, dan jadikanlah zuriat keturunan kami juga anak-anak yang soleh dan solehah.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..amin


...........sebagai peringatan buat diri ini.....

Friday, February 12, 2010

Selak buku : Wasiat Luqman Al-Hakim

Buku yang penuh dengan mutiara hikmah Luqman al-Hakim..Hadiah dari ibu dan ayah..Menarik juga..coz ringkas dalam penyampaiannya..dan mudah difahami..Mudah dibaca dimana2..Semoga dengan pembacaan ini, menambah bijaksana dan hikmahnya diri dalam setiap perbuatan dan perkataan..amin..Baca..jgn tak baca!!..

Selak buku : Bawa Hatimu Kepada Tuhan




Apa yang menarik dalam buku ni?..hmm..memang menarik..tazkirah atau peringatan buat diri dalam proses pengislahan diri..saya pun tak abih baca lagi..masih dalam pembacaan..pe pun, ianya ringkas dan leh dibaca dmana2 sebagai santapan rohani...Jom baca!!

Semoga bahan bacaan ini dapat mendekatkan diri kita padaNya..dalam memperbaiki akhlak sebagai seorang muslim yang sebenar..

Thursday, January 14, 2010

Selak buku : Untukmu Wanita..



Buku terbaru Ust Zaharuddin yang berjudul "Untukmu wanita" akhirnya dapat dicapai untuk dibeli...Alhamdulillah..dari hari pertama keluarannya lagi dah terintai-intai nak membelinya..namun banyak sangat buku rujukan lain yang perlu diutamakan bagi rujukan pengajian..akhirnya..dapat juga memilikinya..

Apa yang menarik?..hmm..banyak isu yang boleh dijadikan rujukan mengenai masalah wanita..Jawapan yang diberi, pada pandangan saya, amat mudah difahami..dengan hujah-hujah yang kuat..alhamdulillah..sesuai untuk mereka yang tertanya-tanya dan masih ragu-ragu...sesuai juga untuk mereka yang perlukan hujah yang kuat dalam menangkis pelbagai kekeliruan dalam masyarakat sekarang...

Apa yang saya tertarik sangat dengan buku ini...mengenai wanita dan kerjaya..alhamdulillah..tepat dengan masanya saya membaca buku ini..diri yang baru ingin melangkah ke alam kerjaya..dapat meneliti semula sejauhmana keperluan dan batasan-batasan wanita dalam berkerjaya..Pendekatan yang ustaz gunakan dengan mengingatkan kita kembali, wahai wanita yang semakin lupa..akan martabat dan tugas yang tinggi dalam mendidik anak dan menjaga rumah tangga adalah lebih mulia, dan hikmah kejadian wanita..dan mengapa bukan atas wanita kewajipan mencari nafkah..membuatkan diri ini berfikir jauh..segala ciptaan Allah pasti ada hikmah disebaliknya..

Alhamdulillah..semoga dengan pembacaan ini kita, wanita akan lebih bersungguh dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab sebenar..

Tak salah bekerja...namun.........Ya! untuk mendapatkan jawapannya..cepat-cepatlah g kedai buku cari buku ni..

Semoga kita semua beroleh manfaat darinya..Amin

Untuk maklumat lanjut..Layari http://www.galeriilmu.com.my/blog/?p=874

Tuesday, January 12, 2010

Manisnya bila bersabar...

Manisnya bila bersabar hanya diri yang dapat merasa...

Kadangkala ada je mende yang buat kita rasa cepat nak hangin..marah..tension dan sebagainya..biasalah..macam2 jadi dalam hidup ini..kekadang faktor marah tu dari luar..kadang-kadang dari dalam sendiri (diri sendiri)..

Pernah dengar ..orang cakap tentang belajar mengenali zon kemarahan anda..so dalam usaha nak mengenali diri sendiri..ada baiknya belajar mengenali zon ini dulu..bila dah tahu zon sendiri..pandai-pandailah elakkan diri sendiri daripada terjebak gan zon tersebut..

ataupun..klu agak tak leh nak elak termasuk gak dlm zon tersebut..bawa-bawa bertenang dan bersabar bila rerasa dah nak masuk zon tersebut...so camne nak tahu bila nak hampiri zon tersebut..?fahami diri dan situasi tersebut..sentiasa peka dan sedar dengan diri dan persekitaran..atau..cara yang agak berkesan..lengahkan kemarahan anda..banyakkan istighfar..n..klu kemarahan tu bpunca dr org luar (bukan diri anda)..ingatkan diri mengenai kebaikan orang tersebut..dan cuba maafkan sebaik mungkin...

kekadang memang de gak bisikan nakal..yg nak meng'api'kan perasaan kita..seribu kali kita tepis..datang gak lagi bisikan tu...so..cara nak elak..hanya dengan istighfar..dan cuba buat benda lain yang bagi kita lupakan hal tu sementara...(agar dapat lengahkan kemarahan tersebut)...tu le kena amik wudu'...bila dah cool..baru pikir balik..kekadang bila terus hambur semua time marah..bila dah terlepas..pasti rasa nyesal bertindak macam budak2 yg hnya ikut perasaan..ish2 xbagus..(nyesal2!!)

hmm..tapi yelah..sekali sekala tu..de gak terlepas kan..tetambah lagi bila de time2 tertentu..n isu2 yg memang ler teramat sensitip bagi kita...takpelah..yang penting,..mesti MENCUBA mengawal kemarahan sendiri..jangan cepat marah..xbaik pun mende pun..klu dah terbiasa marah..lelama mende kecik pun ..jadi nak marah..n..akhirnya jadilah diri seorang pemarah..panas baran..ish2..xbgus tu...semoga Allah jauhkan kita dari sifat pemarah..dan meletakkan kita dikalangan mereka yang bersabar.. so..bawa-bawa berbincang ye..

Dan bila kita dapat melawan perasaan marah tersebut..pasti rasa manisnya..dan hati rasa lebih tenang dan lega kan..dan bertambah gembira..bila berjaya mengalahkan nafsu jahat..semoga kita tergolong di kalangan orang yang berjaya di dunia dan akhirat..

Teruskan mencuba mengislahkan diri untuk kebaikan..

Pesanan ini ditaja untuk diri sendiri..teruskan mencuba wahai diri..brfikir sebelum bertindak..semoga diri ini akan lebih berhikmah dalam tindakan dan tutur kata..amin..