jadikan denyutan nadimu berentakkan zikrullah

Thursday, August 25, 2011

Atuk


"Ya Allah, berikanlah kami kekuatan dan ketabahan hati"

Atuk..

Atuk...

Sebak rasa dada bila melihat atuk terbaring tak bermaya atas katil hospital. Agak terkejut!, ingatkan atuk cuma sakit2 biasa..aku terlupa sakit bagi bayi, orang muda, orang tua, situasinya berlainan..Benarlah naluri seorang anak (ibu) bila mendengar khabar atuk keuzuran..Ibu apatah lagi bila keadaan atuk, air mata dah bergenang-genang, tunggu masa nak tumpah je..Tengok ibu lagi bertambah2 sayu lak rasa hati..

Ya Allah berilah ketabahan hati buat ibu..

Apalagi yang boleh aku katakan..hanya doa pengubat hibanya hati..mengharapkan Allah memberikan kesmbuhan dan meringankan kesakitan yang atuk lalui..semoga atuk cepat sembuh dengan izin Allah..


Bagi mata yang melihat…ambillah IKTIBAR,

Bagi telinga yang mendengar… ambillah IKTIBAR,

Bagi hati yang tersentuh… ambillah IKTIBAR,

Dugaan ini tidak diturun dengan sia-sia!


Duhai hati,

Buktikan kesabaran Ramadhan mendidik kita,

Buktikan ketabahan Ramdhan melatih kita,

Buktikan kekuatan Ramadhan menyatukan kita,

Buktikan ketenangan Ramdhan mendamaikan kita,

Terima kasih Ya Allah yang melimpahkan rahmatNya dengan Ramadhan..


P/s: alhamdulillah, atuk dah leh kuar hospital smlm..Terima Kasih Ya Allah..

Thursday, August 18, 2011

Pengertian Sebuah Kemaafan


Salam 'alaik..Salam ramadhan sume..Semoga ibadah kita sepjg Ramadhan diterima Allah, Insyaallah

Minggu lepas turun Kl, ibu de kursus dan ayh pun ikut sx..kesempatan yang de kat Kl, hajatnya nak bertafakur d library UM, ada tugasan yg perlu diselesaikan. Time cuti macam ni mmg best klu duk library, lenggang!!..Tambah pula, time posa, tak yah pikir nak cari tempat mak

an, coz klu time cuti camni, xbyk café yg buka pun..Pkul 10, k.salma dtg n tunggu k. Una, then bergerak ke g prog YMP..Mula2 mcm nak tak nak je nak pegi, ingat nak siapkan keja kat library..tp kaki tetap melangkah keluar library..Semoga itu pilihan yg terbaik.

“K.salma, Alhamdulillah, dtg juga td..klu tak dtg mesti rasa rugi sgt..pengisian Ust Hasrizal mmg baik”..

Betul!! Suasana td sgt simple dn menyenangkn, tapi yg plg penting pengajaran yg di bawa pulang..Bagaimana nak dikongsikan dengan anda yg membaca?..Jauh di sudut hati, saya berbicara sendiri..ya Allah, Terima kasih Ya Allah..peringatan tadi membuatkan saya bermuhasabah kembali..

Saya merenung jauh…“ada tak lagi org yg saya masih menyimpan perasaan dendam?..tidak puas hati?..marah?..”Kerana ini masanya saya belajar untuk memaafkan org..tambah2 di bulan yg penuh keberkatan ini..Insyaallah, tak delah smpai ke tahap berdendam..rasanya setakat ni xdelah rasa nak berdendam dgn sesapa..Tapi klu nak kata bab tak puas hati tu..@ terasa tu,..hmm..masih ada lagi kot pd org2 tertentu..yelah, saya cuma manusia biasa..bila orang buat something yg tak baik kat kita, tmbah pula org yg dekat2 gn kita, pernah baik dgn kita..hmm itulah yg plg terasa sgt..Walaupun dah memaafkan (siapalah kita nak memaafkan org ye..), tp sebenarnya bukanlah dalam erti kata “maaf” yg spnuhnya..kerana jauh di sudut hati, kita masih rasa kurang senang untuk kembali rapat dengannya, berhadapan dengannya..mungkin kerana ada saki baki lg perasaan terkilan tu..

Namun, bila mendengar nasihat dan peringatan dr Ust..Benarlah Islam itu Indah..Sedangkan Allah Maha Mengampuni, menerima kembali hambanya yang pernah melakukan dosa dan bertaubat..Inikan pula kita manusia.. Malah setiap kali nama Allah “Al-Ghafur” disebut dalam al-Quran, pasti diturut dengan “Ar-Rahim”..Itulah Allah, Tiada Tuhan Melainkan Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang..

Kita manusia ni, kekadang walaupun kita dah maafkan orang tapi untuk menerimanya semula dengan sepenuh hati?..mampukah kita?..Menyayanginya sebgaimana d awal perkenalan dulu..mampukah kita?..

Insyaallah KITA MAMPU MELAKUKANNYA!! Belajar memaafkan setiap orang yg pernah melakukan keslahan/silap pada kita sama secara sengaja atau tidak..Klu ikut psikologi pun, org hidup dlm bdendam dan permusuhan ni, hidupnya tak tenteram (stiap kali ingat perkara tu, kita jd nk marah)..Jadi, dengan memaafkan org pun, kita dah menghilangkan beban atas kita..dan untuk memastikan kita benar2 memaafkan dan ikhlas..>>Setelah kita memaafkannya, kita memohon keampunan Allah untuknya<< Ya, inilah mende baru yg saya belajar drpd Ust, yang diambil contoh daripada Role Model Utama kita Nabi Muhammad s.a.w..

So sempena bulan baik ni…kita belajar memaafkan orang dan memohon maaf pada orang yg pernh kita wat silap dulu.. dan berdoa agar Allah mengampuni dosa dan kesalahan kita, amin.. Sucikan hati..=) Saya minta maaf ye klu de salah silap semua

Berhujung minggu di KL lg nmpkny..atuk masuk hospital, pengsan..Dapat berita semlm, ibu mmg tak senang duduk..nampak je cool, tapi tahu ibu susah hati..Alhamdulillah atuk dah sedar, tekanan darah rendah..malam td, lepas kakak bgtahu keadaan atuk, baru ibu nmpk lega..So ayh kata kita balik KL ye..Ayah tahu ibu susah ati selagi tak tgk sndri..semoga Allah beri kesihatan yg baik utk atuk..=)

P/s; lepas ni klu terlupa, kena remind balik...Sebarkan kebaikan..

Monday, August 15, 2011

Ramadhan Chit Chat Series: The Environmentally Friendly Muslim



Time
Saturday, August 20 · 11:00am - 1:00pm

Location
40, Lorong 16/6c, Seksyen 16, Petaling Jaya, Kuala Lumpur

Created By

ForYoung Muslims Project

More Info
Salam Everyone!

Alhamdulillah, the support that we garnered from our Ramadhan Chit Chat Series has been amazing mashaAllah! And as you have anticipated the Series continues with yet another captivating discussion with "The Environmentally Friendly Muslim: Is there Even Such a Thing?".

We all know our duties to Allah swt. We know our duties to our family and friends and fellow humans around us. But do we know our duties to the world around us? Do we even have to take care of the environment in order to be a good Muslim? Is there any relation to the two? Or are they separate entities altogether and only reserved for activists and their agendas?

Join us for a seemingly simple issue but thought provoking in actuality. Guest speakers: Brothers Amin Rahman and Din Othman (YMP).

GoogleMap to venue: http://goo.gl/DxIjp

See you there inshaAllah!

Friday, August 5, 2011

Rutin


Rutin/routine klu tgk kamus..maknanya camgini

rou·tine

[roo-teen]
noun
1. a customary or regular course of procedure.
2.
commonplace tasks, chores, or duties as must be doneregularly or at specified intervals; typical or everydayactivity: the routine of an office.
3.
regular, unvarying, habitual, unimaginative, or roteprocedure.
4.
an unvarying and constantly repeated formula, as of speechor actio
n; convenient or predictable response: Don't give methat brotherly-love routine!

Mende yang dah biasa kita buat dengan kerapnya, setiap hari..atau hampir setiap hari..Bunyinya macam biasa...
tapi sebenarnya disebalik rutin ni, ada bahayanya gak...terutamanya bila berlaku sedikit perubahan masa tu dan dalam keadaan kita tak fokus!!..itu boleh menyebabkan kita terlupa utk melakukan sesuatu perkara atau tak dapat menyelesaikan tugas dgn sempurna...dan lebih bahaya lagi, bila ianya menjadikan situasi lebih parah sehingga menyebabkan kemalangan jiwa..Menakutkan bunyinya??..

Ok, contoh mudah dulu..katakan biasanya kita guna jalan tertentu utk g office atau g satu tpt yang amatlah kerap kita guna jln tu..then, satu hari kita g tpt lain mungkin dekat simpang jalan tersebut, kita kena amik hala yg bertentangan..selalu g belah kanan, tapi kali ni nak g belah kiri..cuba time tu, kita tgh sembang, or wat mende len yg myebabkan kita xfokus..kadang2/sekali sekala kita akan amik simpang jalan yang kita selalu guna (dlm keadaan kita kurang sedar)..dan bila sedar..opss, silap..so make u-turn..tu cuma cth mudah..yg mungkin kebanyakan kita pernah buat..

Saya pun pernah gak mengalami keadaan mcm tu, salah satunya, ms nak g amik ibu kat bus station, patutnya belok kanan, tapi dah terbiasa belok kiri (ke KL dan USM..)..pastu bila sedar, ya Allah, napanya g amik jalan ni..dah kena patah balik..elok2 patutnya sampai dulu dari ibu, dah ibu yg kena tunggu,..nasib bek tak lama...15 minit pecutt..

Situasi ni nampak tak membimbangkan...cuma biasa2 je..tapi bila anak2...situasi ni perlu diperhatikan...

Kejadian yang benar2 terjadi..
Situasi 1: apabila seorang ayah dah biasa g solat subuh kat masjid, berseorangan..Tiba pulak, suatu hari, anak kecilnya terjaga awal dan nak ikut si ayah..
Masa solat, ayah duk saf depan..anak duk saf belakang..
Habis solat, ayah jumpa kawan2nya, salam2, sembang jap..suh anak tunggu..Habis sembang, ayah terus ke kereta dan balik ke rumah TANPA SI ANAKNYA tadi..
dan tanpa si ayah sedar dan meneruskan RUTIN HARIANNYA,siapkan keja sket dan bsiap g kja...tetiba ada org ketuk umah, antar si anak tadi..Alhamdulillah, si anak selamat kembali ke rumah...

Situasi 2: apabila seorang ibu perlu menghantar anaknya ke pusat jagaan. Ini kisah benar yang terjadi. Kebiasaanya, si ayah yang menghantar dua orang anak mereka ke nurseri..Tapi pada hari tersebut, si ayah ada temujanji dgn Dr gigi..Jadi si ibu yang menghantarkan anak mereka..
Dalam keadaan bekejar nak ke pejabat, si ibu hantar anak yg pertama dan kemudian terus ke pejabatnya...Anak kedua???..tanpa si ibu sedar, anaknya itu sedang tidur dalam kereta!!! Si ibu meneruskan kerjanya tanpa sedar kewujudan anaknya dalam kereta...dan apa yang terjadi??..Ada orang yang lain yang nampak, dan cuba selamatkan anak tersebut, tetapi sayangnya, anak tersebut dah meninggal dunia, kerana kekurangan oksigen dan keadaan kereta yang amat panas ketika itu setelah ditinggalkan beberapa jam lamanya..sampaikan kulit si anak dah bertukar warna, dan mengelupas..dan keluar buih2 dari mulutnya...Menyayat hati bukan?..

Namun, jangan terus menghukum si ibu..Ibu mana yang sanggup buat anaknya mcm tu?..Dia tidak menyedarinya...Memang ada salahnya, namun cukuplah si ibu mengalami penyesalan yang amat sangat...dan sering mengatakan pada dirinya "How could I do that?"..."Saya bukan ibu yang baik"..Beban kehilangan anak dan rasa bersalah yang amat sangat pada dirinya sudah cukup, dan kita sebagai masyarakat awam yang memandang jangan pula menambah duka hatinya..Si ibu patah semangat dan hampir tak mampu meneruskan hidupnya...Dengan skongan daripada suami, beliau bangun dan mula menyebarkan kesedaran kepada masyarakat agar apa yang dialaminya tidak dialami oleh orang lain..Cerita ini diambil berdasarkan program temubual Oprah..kita leh amik iktibar daripadanya..

Bagaimana hal ini boleh terjadi?..
1. Terlalu sibuk dengan kerja dan terlalu inginkan kesempurnaan dalam kerja..dalam kepala ingat kerja..kerja..sama ada kerja pejabat atau kerja rumah..yang menyebabkan...
2. Tidak fokus..

Cara atasi
1. Perlahankan tindakan anda..Ini bukan bermaksud dalam keadaan slow motion, bukan..Kebiasaannya, kita agak tergesa2 atau nak melakukan semuanya sempurna dengan cepat,segera..Jadi ada waktu dan ketikanya, kita kena perlahankannya sedikit,.ambil waktu yang sckupnya utk menyiapkan tugasan
2. Fokus..
Bercakap mengenai fokus, saya kongsikan apa yang yang saya belajar dalam satu bengkel Jiwa Positif dengan Solat, awal tahun ni..Untuk mendapatkan fokus dalam melakukan sesuatu, kita mestilah berada dalam keadaan sedar..SEKARANG!..Dan Islam mengajar kita untuk perbanyakan ZIKIR..antaranya hikmahnya; dengan berzikir, kita dapat memastikan diri kita dalam keadaan SEDAR dengan masa sekarang (waktu ini)..Ini kerana kebiasaanya kita manusia, bila kita berdiam, kita suka fikirkan masa lalu atau masa kan datang, yang akan mbuatkan kita berada dalam keadaan kurang sedar bila asyik memikirkannya..untuk lebih lanjut, boleh rujuk sini.
3. Belajar untuk meminta tolong pada orang lain, apabila anda rasa anda tidak mampu melakukanya..

Kesimpulannya, rutin adalah satu perkara yang baik, bila ianya berjalan dengan baik..tanpa terburu-buru dan tidak pula terlalu melengahkannya..Jalani hidup dengan sebaiknya dan nikmati perjalannya dengan cara yang baik..Kerja memang takkan habis..Jadi, ambillah masa untuk bertenang, dan berehat dengan sewajarnya agar tenaga anda mampu direcharge semula..Ok, Berubah ke arah kebaikan, Insyaallah, All the best..