jadikan denyutan nadimu berentakkan zikrullah

Tuesday, May 18, 2010

Tahniah UM !!

KUALA LUMPUR: Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjadi universiti Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) pertama negara, menduduki tangga ke-69 di belakang Universiti Malaya (UM) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang masing-masing pada kedudukan ke-39 dan ke-51 dalam senarai 100 universiti terbaik Asia. Penarafan universiti serantau yang pertama kali dikeluarkan oleh QS Quacquarelli Symonds Ltd, iaitu penyusun Times Higher Education-QS World University Rankings, turut menyenaraikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tangga ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-90.

Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli, berkata keputusan penarafan QS.com Asian University Ranking dibuat berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.

Beliau berkata, universiti terbaik bukan hanya cemerlang dari segi kualiti, malah produktiviti tinggi dalam penyelidikan berbanding universiti lain.

"Prestasi universiti Malaysia adalah baik dengan bilangan pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak. Keputusan ini menjadikan belajar di Malaysia sebagai pilihan menarik kepada pelajar antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berita dipertik dari http://pmr.penerangan.gov.my/