jadikan denyutan nadimu berentakkan zikrullah

Wednesday, December 28, 2011

update

Lama kot tak tulis..terkini, christchurch gempa lagi kan baru-baru ni..jadi angah gtau univ die tutup lagi..cabaran tul sambung blajar kat negara camtu ye..kali ni tak tau baper lama lak..sedangkan angah klu leh nak siapkan tulis smpai ujung tahun ni..camne tu..sian2..semoga penulisan angah dipermudahkan..dapat pulang ke tanah air dgn tenangnya..dugaan tul..sabo ye!!..

Dua bulan ni duk join seminar penulisan je kja..penulisan jurnal..jurnal ISI..tesis..dan penerbitan artikel..sbenarnya, xdelah bminat pada dunia penulisan formal ni..tapi bila kehendak kerjaya begitu, nampaknya, kenalah asah bakat sebaik mungkin..lagipun..takkan lah nak limitkan potensi kita..jadi cuba jelah..mula2 mungkin akan hadapi kesukaran..tapi lama2 bile dah biasa..mende tu nampak mudah..so awal2 ni..kna banyak membaca..peka terhadap isu semasa..n selidik latar belakang penerbitan jurnal/artikel tersebut utk tahu fokus dan matlamat diorg..jadi barulah kita tahu nak submit penulisan kepada siapa...

Tak sabar rasanya nak bergelar pelajar lagi..mudah2an permohonan ni cepatlah dpt respondnye...tlg doakan..k, tc

Monday, November 28, 2011

Rindu pada ketenangan di sana

Salam Maal Hijrah

Tiba-tiba tengah malam ni, g buka blog lak..ada mende yg tgh bpusing dlm kpala..xtau nak luahkn camne, jd tak leh nak tdo..wpun mata daahh terlalu berat..
Salam Maal Hijrah..helaian baru..semoga ianya bertambah baik dan cemerlang berbanding hari-hari lepas..sahabat sorg call, nak blepas ke Beijing malam esok..wah..alhamdulillah..tumpang gembira untuknya..percutian family..seminggu..so saya pesan, jgn lupa list tempat2 best n kos2 nye sx..mana tahu pas ni aku dpt jejak g sna..hihi...dah trus berangannnn..smoga ini satu impian yg akn wat diri ni lbih bsemngt..bukan skdar angan2 mat jenin..Semoga smuanya slmat..

Beijing..tungguku,..walau berpuluh tahun lagi...teringin nak jejak kaki kat sna..best ke idak ye?..ontah..tunggu komen dr sahabat nnt..pepun,new zealand mmg best..klu xpnah tau sal new zealand, kat 8tv de prog sal new zealand..besttt sgt..tp ada gak kata x best...camne tu?..tafsiran "indah dan cantik" tu tak sama nampaknya..

Sunday, November 20, 2011

Daripadanya

Mata kelihatan sedikit bengkak pagi ni..kesan operasi "cuci mata" malam tadi..pagi tadi sambung lagi sket untuk habihkan..sudahnya bertambah le kesan bengkak di mata..Apa yang aku dapat?...takkan dengan melelehkan air mata masa sesi pembacaan tu dah cukup?..menghayati dan cuba membayangkan situasi??..adakah sekadar itu??

Buku tersebut memberi inspirasi tentang kekuatan seorang isteri dalam mengharungi cabaran hidup sebuah kehidupan,..menjadi penguat kepada seorang suami yang menghidap barah..Ianya sebuah cerita sebenar,..justeru segala peristiwa yang terpahat tersusun kemas dalam penulisannya..apabila bercakap tentang true story, justeru kita tak dapat nak mengelak daripada wujudnya kelemahan dalam perwatakan seseorang (bukan seperti fairytale yg indah2 blaka)..Namun ianya amat memberi inspirasi apabila si isteri tersebut berperanan penuh sebagai sandaran kepada seorang suami...terlalu positive orangnya..mungkin dengan cara beliau dibesarkan.."dugaan yang hebat..untuk orang hebat"...

Dari jauh, aku mengharapkan beliau terus kental membesarkan anaknya..bersemangat dalam menempuh kehidupan mendatang...terima kasih kerana menghasilkan buku tersebut..menyedarkan aku, kita perlu berani menempuh setiap cabaran..demi orang-orang tersayang,..jgn mudah mengalah...betapa pentingnya hubungan kekeluargaan, kerana mereka sentiasa ada untuk kita...dan banyak lagiiiiiiiiiiiii..

nak pass buku ni kat kakak lak..supaya kita semua lebih menghargai hidup ini dan masa yang berbaki untuk kita...

semoga segalanya bertambah baik...