jadikan denyutan nadimu berentakkan zikrullah

Showing posts with label Anak Permata Berharga. Show all posts
Showing posts with label Anak Permata Berharga. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Rutin


Rutin/routine klu tgk kamus..maknanya camgini

rou·tine

[roo-teen]
noun
1. a customary or regular course of procedure.
2.
commonplace tasks, chores, or duties as must be doneregularly or at specified intervals; typical or everydayactivity: the routine of an office.
3.
regular, unvarying, habitual, unimaginative, or roteprocedure.
4.
an unvarying and constantly repeated formula, as of speechor actio
n; convenient or predictable response: Don't give methat brotherly-love routine!

Mende yang dah biasa kita buat dengan kerapnya, setiap hari..atau hampir setiap hari..Bunyinya macam biasa...
tapi sebenarnya disebalik rutin ni, ada bahayanya gak...terutamanya bila berlaku sedikit perubahan masa tu dan dalam keadaan kita tak fokus!!..itu boleh menyebabkan kita terlupa utk melakukan sesuatu perkara atau tak dapat menyelesaikan tugas dgn sempurna...dan lebih bahaya lagi, bila ianya menjadikan situasi lebih parah sehingga menyebabkan kemalangan jiwa..Menakutkan bunyinya??..

Ok, contoh mudah dulu..katakan biasanya kita guna jalan tertentu utk g office atau g satu tpt yang amatlah kerap kita guna jln tu..then, satu hari kita g tpt lain mungkin dekat simpang jalan tersebut, kita kena amik hala yg bertentangan..selalu g belah kanan, tapi kali ni nak g belah kiri..cuba time tu, kita tgh sembang, or wat mende len yg myebabkan kita xfokus..kadang2/sekali sekala kita akan amik simpang jalan yang kita selalu guna (dlm keadaan kita kurang sedar)..dan bila sedar..opss, silap..so make u-turn..tu cuma cth mudah..yg mungkin kebanyakan kita pernah buat..

Saya pun pernah gak mengalami keadaan mcm tu, salah satunya, ms nak g amik ibu kat bus station, patutnya belok kanan, tapi dah terbiasa belok kiri (ke KL dan USM..)..pastu bila sedar, ya Allah, napanya g amik jalan ni..dah kena patah balik..elok2 patutnya sampai dulu dari ibu, dah ibu yg kena tunggu,..nasib bek tak lama...15 minit pecutt..

Situasi ni nampak tak membimbangkan...cuma biasa2 je..tapi bila anak2...situasi ni perlu diperhatikan...

Kejadian yang benar2 terjadi..
Situasi 1: apabila seorang ayah dah biasa g solat subuh kat masjid, berseorangan..Tiba pulak, suatu hari, anak kecilnya terjaga awal dan nak ikut si ayah..
Masa solat, ayah duk saf depan..anak duk saf belakang..
Habis solat, ayah jumpa kawan2nya, salam2, sembang jap..suh anak tunggu..Habis sembang, ayah terus ke kereta dan balik ke rumah TANPA SI ANAKNYA tadi..
dan tanpa si ayah sedar dan meneruskan RUTIN HARIANNYA,siapkan keja sket dan bsiap g kja...tetiba ada org ketuk umah, antar si anak tadi..Alhamdulillah, si anak selamat kembali ke rumah...

Situasi 2: apabila seorang ibu perlu menghantar anaknya ke pusat jagaan. Ini kisah benar yang terjadi. Kebiasaanya, si ayah yang menghantar dua orang anak mereka ke nurseri..Tapi pada hari tersebut, si ayah ada temujanji dgn Dr gigi..Jadi si ibu yang menghantarkan anak mereka..
Dalam keadaan bekejar nak ke pejabat, si ibu hantar anak yg pertama dan kemudian terus ke pejabatnya...Anak kedua???..tanpa si ibu sedar, anaknya itu sedang tidur dalam kereta!!! Si ibu meneruskan kerjanya tanpa sedar kewujudan anaknya dalam kereta...dan apa yang terjadi??..Ada orang yang lain yang nampak, dan cuba selamatkan anak tersebut, tetapi sayangnya, anak tersebut dah meninggal dunia, kerana kekurangan oksigen dan keadaan kereta yang amat panas ketika itu setelah ditinggalkan beberapa jam lamanya..sampaikan kulit si anak dah bertukar warna, dan mengelupas..dan keluar buih2 dari mulutnya...Menyayat hati bukan?..

Namun, jangan terus menghukum si ibu..Ibu mana yang sanggup buat anaknya mcm tu?..Dia tidak menyedarinya...Memang ada salahnya, namun cukuplah si ibu mengalami penyesalan yang amat sangat...dan sering mengatakan pada dirinya "How could I do that?"..."Saya bukan ibu yang baik"..Beban kehilangan anak dan rasa bersalah yang amat sangat pada dirinya sudah cukup, dan kita sebagai masyarakat awam yang memandang jangan pula menambah duka hatinya..Si ibu patah semangat dan hampir tak mampu meneruskan hidupnya...Dengan skongan daripada suami, beliau bangun dan mula menyebarkan kesedaran kepada masyarakat agar apa yang dialaminya tidak dialami oleh orang lain..Cerita ini diambil berdasarkan program temubual Oprah..kita leh amik iktibar daripadanya..

Bagaimana hal ini boleh terjadi?..
1. Terlalu sibuk dengan kerja dan terlalu inginkan kesempurnaan dalam kerja..dalam kepala ingat kerja..kerja..sama ada kerja pejabat atau kerja rumah..yang menyebabkan...
2. Tidak fokus..

Cara atasi
1. Perlahankan tindakan anda..Ini bukan bermaksud dalam keadaan slow motion, bukan..Kebiasaannya, kita agak tergesa2 atau nak melakukan semuanya sempurna dengan cepat,segera..Jadi ada waktu dan ketikanya, kita kena perlahankannya sedikit,.ambil waktu yang sckupnya utk menyiapkan tugasan
2. Fokus..
Bercakap mengenai fokus, saya kongsikan apa yang yang saya belajar dalam satu bengkel Jiwa Positif dengan Solat, awal tahun ni..Untuk mendapatkan fokus dalam melakukan sesuatu, kita mestilah berada dalam keadaan sedar..SEKARANG!..Dan Islam mengajar kita untuk perbanyakan ZIKIR..antaranya hikmahnya; dengan berzikir, kita dapat memastikan diri kita dalam keadaan SEDAR dengan masa sekarang (waktu ini)..Ini kerana kebiasaanya kita manusia, bila kita berdiam, kita suka fikirkan masa lalu atau masa kan datang, yang akan mbuatkan kita berada dalam keadaan kurang sedar bila asyik memikirkannya..untuk lebih lanjut, boleh rujuk sini.
3. Belajar untuk meminta tolong pada orang lain, apabila anda rasa anda tidak mampu melakukanya..

Kesimpulannya, rutin adalah satu perkara yang baik, bila ianya berjalan dengan baik..tanpa terburu-buru dan tidak pula terlalu melengahkannya..Jalani hidup dengan sebaiknya dan nikmati perjalannya dengan cara yang baik..Kerja memang takkan habis..Jadi, ambillah masa untuk bertenang, dan berehat dengan sewajarnya agar tenaga anda mampu direcharge semula..Ok, Berubah ke arah kebaikan, Insyaallah, All the best..

Wednesday, March 3, 2010

Nanny 911 ??

Sekadar berkongsi maklumat, de satu program realiti tv..yang bertajuk "Nanny 911".

Program yang mana akan menyelesaikan masalah tingkah laku kanak-kanak dalam sebuah keluarga..Mereka akan menyelesaikannya dalam tempoh 7 hari/seminggu..Memang menakjubkan!!..Imaginelah kanak-kanak yang memang teramat nakal, teramat aktif..termat degil..dan sebagainya..

Program ini amat menarik, selain daripada ianya berbentuk realiti, ianya banyak memberi input-input yang berguna mengenai cara mendidik kanak-kanak yang betul..So buat ibu bapa/bakal ibu bapa/ mereka yang sering berkomunikasi dengan kanak-kanak spt pengasuh, guru tadika/ mereka yang berminat untuk mendalami psikologi kanak-kanak sepatutnya digalakkan untuk berkongsi ilmu darinya..

>>Buang yang keruh, ambil yang jernih>>
>>Setiap tingkah laku kanak-kanak merupakan respon/refleks daripada tingkah laku ibu bapa..>>

Sunday, February 14, 2010

Harapanku..


Dalam pelbagai cita yang dituju dalam hidup ini.Antaranya, saya amat berharap, saya mampu membahagiakan ibu dan ayah saya selagi hayat dikandung badan.Ya Allah, jadikanlahku anak yang solehah yang mampu membahagiakan kedua ibu dan ayah di dunia dan akhirat, begitu juga dengan kakak-kakak dan adikku..amin

....
.......
...........Semalam tengok sebuah citer kat tv..cerita Singapore..klu sapa yg tgk, tahulah..tak pasti tajuknya apa, coz tgk pun dah sekarat jalan..sekadar nak rehat2kan otak jap..tapi de mende yang menyebabkan rasa amat tersentuh..

Kisah seorang ibu..yang dah bersusah payah membesarkan anak-anak..sampailah anak-anak dah senang..pastu susah... n senang balik...hmm..realiti yang sering berlaku..bukan dalam keluarga bangsa Melayu je (yelah ayik kuar paper ri tu sal mende ni)..rupanya..memang dah zaman sekarang, ramai anak lupakan ibu dan ayah diorg..dah tak kira bangsa dan tempat..

Ada setengah orang kata, perkara ni terjadi pun disebabkan ibu dan ayah yang salah mendidik.Ada gak yang kata sebabnya kurang pengetahuan agama, ada gak yang disebabkan pengalaman silam, dan mungkin terjadi gak dah diri sendiri memang perangai camgitu (penting diri..xkenang budi)..atau mungkin gak faktor luaran iaitu dari pasangan anak (menantu) yang dah pengaruhi anak...

Walau apapun, salah dan puncanya yang mengheret kepada masalah tersebut..wahai anak-anak sekalian (termasuklah diri ini)..perlulah ingat..apabila ibu bapa telah tua..menjadi TANGGUNGJAWAB kita memastikan keperluan rohani dan jasmaninya terurus,kesihatannya terjaga dan kebajikannya diambilkira...sepertimana menjadi TANGGUNGJAWAB ibu dan ayah mendidik dan membesarkan kita..

Ada juga yang melihat menjaga ibu bapa d hari tua sebagai ehsan dan bagi menjaga mata dan mulut masyarakat sekeliling..walhal, hakikatnya...itu adalah tanggungjawab atas seorang anak..tanggungjawab yang akan disoal di Hari Akhirat kelak..tanggungjawab yang akan membebani amalan kejahatan jika tidak ditunaikan..Oleh itu, jangan kita hanya memandang tanggungjawab kita pada suami/isteri, anak-anak dan masyarakat, tetapi melupakan yang suatu masa dulu paling dekat dengan kita,iaitu ibu dan ayah kita..

Janganlah sehingga di hari pemergiannya, dia menangisi perbuatan anak-anaknya.Dan setelah ketiadaannya juga, baru dikau tahu menghargai dan mengerti erti seorang ayah dan ibu sedangkan waktu itu telah terlambat untuk menebus kembali..dan ingatlah kita, HIDUP IBARAT RODA..hari ini kita di atas, esok lusa mungkin di bawah..hari ini kita anak, mereka ibu bapa..esok lusa, kita ibu bapa yang punya anak-anak!!Mahukah kita diabaikan dan tidak dipedulikan oleh anak-anak kita di hari tua kita nanti?..Tepuk dada tanyalah IMAN..

Ya Allah, jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah, dan jadikanlah zuriat keturunan kami juga anak-anak yang soleh dan solehah.Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..amin


...........sebagai peringatan buat diri ini.....

Sunday, December 13, 2009

Alahai dia, jiwa yang memberontak...(2)

Bersambung kembali...

Kisah ini dikongsi bersama agar menjadi iktibar sebagai peringatan bt diri ini dan pembaca yang dihormati...agar kita dapat mengelak dr mengulangi kesilapan yang sama..

Punca mengapa si anak yang baru meningkat remaja (pelajar sekolah menengah rendah) bersikap demikian adalah datang dari didikan si ayah. Tindakan si ayah bukan saja seolah-olah 'endah tak endah' dengan pendidikan si anak, malah setiap tindakan dan prestasi anak di sekolah semuanya habis dikritik dengan kata-kata yang pedas yang menyakitkan telinga..Agak menyedihkan, malah turut bersimpati dengan si anak..kerana melaluinya sejak zaman sekolah rendahnya lagi...


Walhal anak-anak kecil..ibu ayah lah motivator paling berkesan..setiap apa yang kita lakukan..pasti bangga diakhirnya bila mendapat pujian dari orang kesayangan yang sering kita tagih perhatian dan kasih sayangnya..

Memang mengenali si ayah yang agak cepat naik angin, dan kadangkala si anak menjadi tempat dihamburkan kemarahan tersebut. Berbanding anak-anak yang lain, anaknya yang sulung ini yang lebih merasai kesannya kerana sering menjadi sasaran dipersalahkan berbanding anak yang lain.

Tetapi yang menyedihkan lagi pula...bila si isteri dah berusaha mengajar dan membantu si anak dalam kerja sekolah mereka, tapi si ayah suka pula sering kritik dan melunturkan semangat si isteri..alahai..kesiannya..sudahlah tak membantu..dikritiknya..itu tak kena..ini tak kena..Ya Allah, betapa insan bergelar isteri tersebut diuji...hanya Allah yang lebih Mengetahui..sedangkan suamilah tempat untuk berkongsi masalah dan mengadu susah ati yang ditanggung...tambah pula..yang ingin dikongsi adalah hal anak-anak..sudah pastilah suami dan isteri adalah pasangan yang terbaik untuk membincangkan dan menyelesaikan...

Ini tidak..

"Dia tu dah memang tak pandai..buat apa pun tak jadi..."
"Tak payah susah antar ke kem motivasi ke kesedaran ke pe...dah memang camtu..buat apa pun tak guna.."
"Membazir duit je klu dah memang tak pandai camtu,,"


Oleh yang demikian, wahai insan-insan yang bergelar IBU dan AYAH..awasilah bicaramu yang bisa tertanam dalam pemikiran anak-anakmu...IBU AYAH adalah contoh yang akan anak-anak teladani...Kata-kata IBU dan AYAH kebiasaanya lebih dipercayai oleh anak-anak..bila dah ditanam dari kecil.."Kamu tu tak guna..kamu tu tak pandai..kamu tu..itu dan ini.."dan segala yang boleh meracunkan motivasi dalam dirinya..maka ibu bapa sebenarnya sedang melatih dan membesarkan anak-anak yang menuju kegagalan..

Jangan juga terlalu berkira dalam melabur untuk pendidikan anak-anak...ianya adalah tanggungjawab ibu bapa yang wajib dilaksanakan dalam menyempurnakan dan memurnikan 'akal' si anak (hifz al-aqlu), anggaplah ianya pelaburan masa kan datang..tak perlu berkira..malah ini yang sepatutnya dipemntingkan terlebih dahulu berbanding keselesaan yang lain yang kurang penting..

Didiklah anak-anak dengan sebaiknya..anak-anak bukan ibarat orang dewasa yang faham maksud2 "kinayah" di sebalik tindakan kita..Berinteraksi dengan anak-anak perlulah secara jujur..bila sayang, tunjukkan sayang..jangan diharap anak-anak leh faham2 sendiri..


Kesian bila melihat dirinya..saya berusaha untuk mendekatinya lagi..sebelum ni, saya lebih rapat dengan adik-adiknya yg masih kecil..Ibu lebih banyak berinteraksi dengan ibunya dalam menyelesaikan masalah tersebut..Kadangkala bila berjumpa, ibu juga turut mendekatinya..Namun menuturkannya lebih mudah dari melaksanakannya..selebihnya kita memohon pada Allah s.w.t agar dirinya diberi taufiq dan hidayah, serta semangat dan kekuatan untuk menghadapi hari mendatang..semoga hatinya lebih lembut...Amin

Friday, December 11, 2009

Alahai dia, jiwa yang memberontak...

Dia, empunya sementara jiwa itu...
Dia, usianya masih setahun jagung..baru mula meneroka dunia..
Dia, masih mentah dalam erti kehidupan..masih 'merangkak' untuk 'berjalan'
Dia, hanyalah seorang anak remaja..masih rapuh untuk menongkah cabaran..


Dia, seorang yang saya kenali..namun tidak cukup 'kenal' untuk terlebih bicara mengenainya..namun cukup simpati dan ingin membantunya sehabis daya..

Dia, dalam kekeliruan yang nyata..antara identiti yang diimpi atau yang dicari atau yang ditanam padanya sejak kecil..

Masalah yang datang bukan berpunca darinya..kerana dia si jiwa anak yang sebelum ini masih tidak tahu..sedang mencari dan belajar untuk tahu..tapi diajar dan dipupuk untuk jadi si 'dungu' yang berhati batu..(maaf terkasar ayat)

Kering idea di minda si ibu...kering lagi air mata yang menitis kerananya saban hari...mencari penyelesaian untuk membantu si anak itu..jalan yang ditempuh manakan boleh diharung semula..masa yang berlalu tetap terus berlalu..kesalahan lalu hanya mampu dipandang dengan mata dan hati yang sayu..namun ibu tetap ibu...optimis dengan si anak itu pasti!!...kesalahan lalu harus ditebus, agar masa depan anaknya tidak tergadai lagi..


>>> Ibu berkongsi pengalaman dengan saya, sebuah kes yang terjadi pada keluarga temannya..yang meminta bantuannya dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut..

Fakta kes... si anak remaja ni telah menimbulkan masalah pada ibunya..namun dalam kes ni..dalam mencari penyelesaiannya..perlu mencari puncannya...puncanya telah di temui..bukan dari si anak..bukan juga dari si ibu..jadi dari siapa?..bolehkah dimanipulasi punca tersbut bagi menyelesaikan kes ini?..

hmm..bersambung...de hal..jumpa lagi...