
rou·tine
noun
1. a customary or regular course of procedure.Mende yang dah biasa kita buat dengan kerapnya, setiap hari..atau hampir setiap hari..Bunyinya macam biasa...
2.
commonplace tasks, chores, or duties as must be doneregularly or at specified intervals; typical or everydayactivity: the routine of an office.
3.
regular, unvarying, habitual, unimaginative, or roteprocedure.
4.
an unvarying and constantly repeated formula, as of speechor actio
n; convenient or predictable response: Don't give methat brotherly-love routine!

tapi sebenarnya disebalik rutin ni, ada bahayanya gak...terutamanya bila berlaku sedikit perubahan masa tu dan dalam keadaan kita tak fokus!!..itu boleh menyebabkan kita terlupa utk melakukan sesuatu perkara atau tak dapat menyelesaikan tugas dgn sempurna...dan lebih bahaya lagi, bila ianya menjadikan situasi lebih parah sehingga menyebabkan kemalangan jiwa..Menakutkan bunyinya??..
Ok, contoh mudah dulu..katakan biasanya kita guna jalan tertentu utk g office atau g satu tpt yang amatlah kerap kita guna jln tu..then, satu hari kita g tpt lain mungkin dekat simpang jalan tersebut, kita kena amik hala yg bertentangan..selalu g belah kanan, tapi kali ni nak g belah kiri..cuba time tu, kita tgh sembang, or wat mende len yg myebabkan kita xfokus..kadang2/sekali sekala kita akan amik simpang jalan yang kita selalu guna (dlm keadaan kita kurang sedar)..dan bila sedar..opss, silap..so make u-turn..tu cuma cth mudah..yg mungkin kebanyakan kita pernah buat..
Saya pun pernah gak mengalami keadaan mcm tu, salah satunya, ms nak g amik ibu kat bus station, patutnya belok kanan, tapi dah terbiasa belok kiri (ke KL dan USM..)..pastu bila sedar, ya Allah, napanya g amik jalan ni..dah kena patah balik..elok2 patutnya sampai dulu dari ibu, dah ibu yg kena tunggu,..nasib bek tak lama...15 minit pecutt..
Situasi ni nampak tak membimbangkan...cuma biasa2 je..tapi bila anak2...situasi ni perlu diperhatikan...
Kejadian yang benar2 terjadi..
Situasi 1: apabila seorang ayah dah biasa g solat subuh kat masjid, berseorangan..Tiba pulak, suatu hari, anak kecilnya terjaga awal dan nak ikut si ayah..Masa solat, ayah duk saf depan..anak duk saf belakang..
Habis solat, ayah jumpa kawan2nya, salam2, sembang jap..suh anak tunggu..Habis sembang, ayah terus ke kereta dan balik ke rumah TANPA SI ANAKNYA tadi..
dan tanpa si ayah sedar dan meneruskan RUTIN HARIANNYA,siapkan keja sket dan bsiap g kja...tetiba ada org ketuk umah, antar si anak tadi..Alhamdulillah, si anak selamat kembali ke rumah...
Situasi 2: apabila seorang ibu perlu menghantar anaknya ke pusat jagaan. Ini kisah benar yang terjadi. Kebiasaanya, si ayah yang menghantar dua orang anak mereka ke nurseri..Tapi pada hari tersebut, si ayah ada temujanji dgn Dr gigi..Jadi si ibu yang menghantarkan anak mereka..
Dalam keadaan bekejar nak ke pejabat, si ibu hantar anak yg pertama dan kemudian terus ke pejabatnya...Anak kedua???..tanpa si ibu sedar, anaknya itu sedang tidur dalam kereta!!! Si ibu meneruskan kerjanya tanpa sedar kewujudan anaknya dalam kereta...dan apa yang terjadi??..Ada orang yang lain yang nampak, dan cuba selamatkan anak tersebut, tetapi sayangnya, anak tersebut dah meninggal dunia, kerana kekurangan oksigen dan keadaan kereta yang amat panas ketika itu setelah ditinggalkan beberapa jam lamanya..sampaikan kulit si anak dah bertukar warna, dan mengelupas..dan keluar buih2 dari mulutnya...Menyayat hati bukan?..
Namun, jangan terus menghukum si ibu..Ibu mana yang sanggup buat anaknya mcm tu?..Dia tidak menyedarinya...Memang ada salahnya, namun cukuplah si ibu mengalami penyesalan yang amat sangat...dan sering mengatakan pada dirinya "How could I do that?"..."Saya bukan ibu yang baik"..Beban kehilangan anak dan rasa bersalah yang amat sangat pada dirinya sudah cukup, dan kita sebagai masyarakat awam yang memandang jangan pula menambah duka hatinya..Si ibu patah semangat dan hampir tak mampu meneruskan hidupnya...Dengan skongan daripada suami, beliau bangun dan mula menyebarkan kesedaran kepada masyarakat agar apa yang dialaminya tidak dialami oleh orang lain..Cerita ini diambil berdasarkan program temubual Oprah..kita leh amik iktibar daripadanya..
Bagaimana hal ini boleh terjadi?..
1. Terlalu sibuk dengan kerja dan terlalu inginkan kesempurnaan dalam kerja..dalam kepala ingat kerja..kerja..sama ada kerja pejabat atau kerja rumah..yang menyebabkan...
2. Tidak fokus..
Cara atasi
1. Perlahankan tindakan anda..Ini bukan bermaksud dalam keadaan slow motion, bukan..Kebiasaannya, kita agak tergesa2 atau nak melakukan semuanya sempurna dengan cepat,segera..Jadi ada waktu dan ketikanya, kita kena perlahankannya sedikit,.ambil waktu yang sckupnya utk menyiapkan tugasan
2. Fokus..
Bercakap mengenai fokus, saya kongsikan apa yang yang saya belajar dalam satu bengkel Jiwa Positif dengan Solat, awal tahun ni..Untuk mendapatkan fokus dalam melakukan sesuatu, kita mestilah berada dalam keadaan sedar..SEKARANG!..Dan Islam mengajar kita untuk perbanyakan ZIKIR..antaranya hikmahnya; dengan berzikir, kita dapat memastikan diri kita dalam keadaan SEDAR dengan masa sekarang (waktu ini)..Ini kerana kebiasaanya kita manusia, bila kita berdiam, kita suka fikirkan masa lalu atau masa kan datang, yang akan mbuatkan kita berada dalam keadaan kurang sedar bila asyik memikirkannya..untuk lebih lanjut, boleh rujuk sini.
3. Belajar untuk meminta tolong pada orang lain, apabila anda rasa anda tidak mampu melakukanya..
Kesimpulannya, rutin adalah satu perkara yang baik, bila ianya berjalan dengan baik..tanpa terburu-buru dan tidak pula terlalu melengahkannya..Jalani hidup dengan sebaiknya dan nikmati perjalannya dengan cara yang baik..Kerja memang takkan habis..Jadi, ambillah masa untuk bertenang, dan berehat dengan sewajarnya agar tenaga anda mampu direcharge semula..Ok, Berubah ke arah kebaikan, Insyaallah, All the best..
No comments:
Post a Comment