jadikan denyutan nadimu berentakkan zikrullah

Showing posts with label REVIEW BUKU. Show all posts
Showing posts with label REVIEW BUKU. Show all posts

Sunday, July 31, 2011

Motivasi bt kaum wanita...!!!

Subhanallah...wow!!menakjubkan bagiku..buku yang nipis ini mempunyai sesuatu yang amat bernilai untuk dikongsi bersama...sebelum tido, ingat nak baca dua tiga helai je..tapi betul2 interesting sehingga sedar tak sedar dah melangkau beberapa bab...NAMUN, dalam hati trus berkata..."buku ini adalah antara buku motivasi terbaik buat saya, sebagai seorg wanita/kaum hawa"...Justeru, saya mahu berkongsi bersama anda...

Dapatkannya..harga xmahal pun...boleh menjadi bahan bacaan santai atau lebih dari itu..motivasi yang PERLU buat kita, sebagai nasihat dan peringatan buat diri...agak2 rasa down lain kali, boleh baca buku ni untuk mendapat semangat para sahabiah, insyaallah..dan lebih penting mendalami kecantikan dan keindahan yang Allah berikan kepada wanita...iaitu KITA...alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah..

Bg para suami/anak lelaki boleh hadiahkan kepada para isteri/anak perempuan/ saudara perempuan anda..ini juga satu langkah dalam memartabatkan institusi kekeluargaan dan meletakkan wanita dan lelaki dalam kedudukan sebenar yang dianjurkan Islam..(jika rasa xfaham, sila baca buku tersebut..anda akan mendapat jawapannya, Insyaallah..)

Selamat membaca..semoga kita mendapat kebaikan daripada bahan bacaan ini dan menjadikan kita insan dan hamba Allah yang lebih baik..

Selamat berpuasa, semua...

Rajin lak update blog bila laptop dah ok ni..=)

Friday, February 12, 2010

Selak buku : Wasiat Luqman Al-Hakim

Buku yang penuh dengan mutiara hikmah Luqman al-Hakim..Hadiah dari ibu dan ayah..Menarik juga..coz ringkas dalam penyampaiannya..dan mudah difahami..Mudah dibaca dimana2..Semoga dengan pembacaan ini, menambah bijaksana dan hikmahnya diri dalam setiap perbuatan dan perkataan..amin..Baca..jgn tak baca!!..

Selak buku : Bawa Hatimu Kepada Tuhan




Apa yang menarik dalam buku ni?..hmm..memang menarik..tazkirah atau peringatan buat diri dalam proses pengislahan diri..saya pun tak abih baca lagi..masih dalam pembacaan..pe pun, ianya ringkas dan leh dibaca dmana2 sebagai santapan rohani...Jom baca!!

Semoga bahan bacaan ini dapat mendekatkan diri kita padaNya..dalam memperbaiki akhlak sebagai seorang muslim yang sebenar..

Thursday, January 14, 2010

Selak buku : Untukmu Wanita..



Buku terbaru Ust Zaharuddin yang berjudul "Untukmu wanita" akhirnya dapat dicapai untuk dibeli...Alhamdulillah..dari hari pertama keluarannya lagi dah terintai-intai nak membelinya..namun banyak sangat buku rujukan lain yang perlu diutamakan bagi rujukan pengajian..akhirnya..dapat juga memilikinya..

Apa yang menarik?..hmm..banyak isu yang boleh dijadikan rujukan mengenai masalah wanita..Jawapan yang diberi, pada pandangan saya, amat mudah difahami..dengan hujah-hujah yang kuat..alhamdulillah..sesuai untuk mereka yang tertanya-tanya dan masih ragu-ragu...sesuai juga untuk mereka yang perlukan hujah yang kuat dalam menangkis pelbagai kekeliruan dalam masyarakat sekarang...

Apa yang saya tertarik sangat dengan buku ini...mengenai wanita dan kerjaya..alhamdulillah..tepat dengan masanya saya membaca buku ini..diri yang baru ingin melangkah ke alam kerjaya..dapat meneliti semula sejauhmana keperluan dan batasan-batasan wanita dalam berkerjaya..Pendekatan yang ustaz gunakan dengan mengingatkan kita kembali, wahai wanita yang semakin lupa..akan martabat dan tugas yang tinggi dalam mendidik anak dan menjaga rumah tangga adalah lebih mulia, dan hikmah kejadian wanita..dan mengapa bukan atas wanita kewajipan mencari nafkah..membuatkan diri ini berfikir jauh..segala ciptaan Allah pasti ada hikmah disebaliknya..

Alhamdulillah..semoga dengan pembacaan ini kita, wanita akan lebih bersungguh dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab sebenar..

Tak salah bekerja...namun.........Ya! untuk mendapatkan jawapannya..cepat-cepatlah g kedai buku cari buku ni..

Semoga kita semua beroleh manfaat darinya..Amin

Untuk maklumat lanjut..Layari http://www.galeriilmu.com.my/blog/?p=874