jadikan denyutan nadimu berentakkan zikrullah

Friday, September 16, 2011

guLa-guLY..

@ Awana Porto Malai, Langkawi

serius cantik punya pemandangan..




borong coklat..........mende pling best...


ksimpulannya: pengalaman yg best..sapa nak g bcuti, g lah kat cni..puas hati!!

Jumpa balik


"Fna.."

Aku berhenti dari pembacaan. Berpusing mencari arah datangnya suara. Di hujung sebuah rak buku, terlihat seseorang sedang berdiri memerhatikan aku. Dialah kot..yang lain tengah wat kerja sendiri. Aku tenung lama, cuba mengenalpasti empunya suara..Dia masih berselindung di sebalik rak..menyembunyikan raut wajahnya di sebalik hijab yang labuh..

Aish..tengok ketinggian ni..rasa macam kenal..hihi..tapi sapa..mulut masih terkunci untuk meluahkan nama..masih tercari2 dan cuba mengenalpasti lagi, biar keluar yang tepat..

“Syirah…”. Aku menyebut dalam keadaan masih tidak percaya..


Dalam hati..”Ya Allah, biar benar..tak ku duga sama sekali!..Di saat ini, di tempat ini..aku bertemu dengan dia!..Ya Allah, hadiah ini paling bermakna di saat ini…!!” Serius, cuba bayangkan sejak tahun 2009, lepas balik dari Jordan..masih xde pluang bertemu dengannya..insan yang satu masa dulu pernah bkongsi suka dan duka, tawa dan ceria bersama…menjadi penguatku di saat terasa lemah..

Pernah berhubung melaui telefon dan sms, tapi sejak tahun lepas terputus hubungan…dengan tidak sengaja..kiranya baru 2 tahun tidak bertemu dan dalam tempoh tersebut cuma dengan kadar setahun yang berlalu dengan tidak berhubung, aku terlalu rindu dengannya!! Usaha mencari tidak berhasil..

Tak percaya rasanya..Ya Allah, terima kasih atas hadiah ini..kami berpelukan dan meluah rindu yang bersarang dalam hati masing2..Ya Allah di kala ini, di saat ini, aku terasa kemanisan sebuah ukhuwwah..!!

Terus terlupa pada buku yang masih terbuka di rak bacaan tadi..kami bersembang sambil berdiri..bertanya itu dan ini..akhirnya kami terpaksa berpisah atas urusan kerjaku yang masih tergendala dan dia yang hendak bergegas ke kelas pula..insyaallah, lepas ni pasti bertemu lagi..

Sepanjang pemanduan pulang ke rumah, dengan keadaan hujan yang lebat..pe lagi..mmg kena bawa slowlah kan..keta2 pun dah 2-3 yng remuk terbabas..bila melepasi kawasan kemalangan, telan liur jelah..Ya Allah, semoga selamat sampai..drive sesorg, tgh hujan dan letih,..radio dipasang sebagai peneman..sedang fikiran terbang.. mengimbas kembali peristiwa manis di Jordan..tersenyum sendiri..

Sms dterima darinya…

“Sahabat abadi..teruja aku dengan kata2 Imam al-Ghazali: “Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya”..Kuharapkan mekar di hati, agar persahabatan suci ini akan terus mantap menjadi syafaat..terukir indah d pintu jannah, Syukran Ya Allah”..

dan bagiku...


Monday, September 5, 2011

Syawal 1432H

Alhamdulillah selesai sudah minggu pertama Syawal, meraikan kaum keluarga yang jauh dan dekat..dua hri sebulm raya pun dah berskype gan orang2 jauh..angah n fatin..fatin d Jordan raya sma gn Msia cuma dia lambat 5-6 jam..angah raya keesokan harinya..waktu diorg awal 5-6 jam dr msia..so nak chat bila semua de tu susah sket, sorg kat sna tgh pagi.sorang kat sna tgh malam..pe pun, best dapat tgk muka,.terubat rindu..mesti le rindu, kakk n adik sendiri..

raya pertama dan kedua di rumah..macam kebiasaan Syawal sebelum ni..cuma tahun ni bertambah2 seri lagi..alhamdulillah..raya ketiga hingga kelima baru start beraya di kampung..jauh..nan indah..hihi..Dah beberapa tahun gak, ayah ibu dah tak balik kampung pada awal Syawal..klu tak silap masa saya mula menjejak kaki di Jordan dan kakak pula dah berumah tangga..so Syawal yang dirai, disambut ala kadar, tak semeriah sebelum2 ni..n disebabkan kakak pun kekadang cuma dua tiga kali setahun je balik umah kat sini, so dia request nak raya kat umah..jadi berayalah kami di rumah...

Bestnya beraya di rumah ni bukan pe,..tak bersesak gan orang balik kampung..Tambah pula, klu balik Kelantan..ayah kata tahun lepas lebih daripada 1 juta anak perantauan di Kelantan balik ke kpg sambut raya..Ya Allah satu juta?? bior benor..anak kelantan bertebaran di merata2 tempat!!..patut le jammed xhingat nak masuk ke kelantan..sepupu2 pun de yang balik naik flight je..nak elak jammed..tu tak mencabar namanya..hihi..

Yang tak best beraya di rumah pula..lenggang kot kawasan taman..bertemankan non muslim yang tak sambut raya..n kebetulan jiran sebelah pun tak balik raya tahun ni..jadi de lah teman gak..yang len?..hmm, ayah solat kat surau pun, katanya nampak muka2 baru..xkenal..means maybe anak2 perantau..delah satu dua tiga umah yang memang didiami orang asal kat sini..yg len majoriti orang luar..n klu tak silap rasanya ramai anak kelantan gak..ish3

Atuk pun alhamdulillah, dah terurus rapi..makin sihat..cumanya nampak lah tanda2 keuzuran orang dah di makan usia..bila tengok atuk..kekadang terfikir, macamanalah kita nanti dah tua ye..atuk alhamdulillah, anak2 sepakat nak jaga..hm..mudah-an kita bjaya mendidik anak2 soleh, amin..
atuk xberapa ingat kami g ziarah kat hospital baru ni..=(..
atuk duk ulang citer masa atuk kat hspital...sedangkan kami ada dan jaga atuk gak waktu tu..
atuk tak lalu makan, sebab tu masuk hospital..
ubat Dr bagi menyebabkan atuk tak lalu makan (xde selera)..
rupanya Dr salah bagi..Dr hospital sebelum ni kata atuk de kencing manis..
Dr sekarang check kata xde..
geram tul ngan Dr yang salah...
Nasib bek Dr baru ni mmg dah sound cukup2 n ambik tindakan..
klu tak meh kami lak nak tambah semangkuk..geram..
patutnya Dr tu dtg beraya gan atuk..hihi..minta maaf le..
Dah wat orang masuk hospital..ish3

Disebabkan xmakan, kurang gula dalam badan..leh menyebabkan kematian tau..ingat ke terlebih gula je bahaya..rupanya kurang gula lagi bahaya..ish3..xpelah, kita orang beriman, kita kena fikir hidup mati kita atas kehendak Allah..semoga kita dimatikan dalam keadaan yg baik dengan kesudahan yang baik, insyaallah.amin

Moral dari citer ni..sapa jadi Dr sila berhati2..kita tahu Dr pun manusia gak, leh wat silap..tapi kecuaian Dr memang tindakan yang membahayakan...melibatkan nyawa manusia..dan untuk pengetahuan, kita cuma de satu nyawa..ish3...(sabo3!!) Terima kasih juga pada Dr2 yang menjalankan tugas dgn penuh dedikasi..=)

Ok sambg citer balik..terfikif gak pe solusi terbaik nak kurang kesesakan jalan raya setiap kali musim perayaan ye..membesarkan jalan?mengurangkan kenderaan?menambah pengangkutan awam?..aish..tapi yang pasti bukan satu langkah je leh selesaikan maslah, pelan tindakan bersepadu perlu dilakukan...maslahnya sekarang, orang2 yang leh wat tindakan bersepadu ni..diorg terlibat gan jammed ni tak esp kesesakan time musim perayaan..sebab mende ni dah lama..tapi sama je..malah makin teruk lagi delah..ish3..kebajikan rakyat??So pilihan raya nnti, fikirkan2 masa nak mengundi ye..=)

ok, Selamat Menyambut Syawal..Maaf Zahir dan Batin buat yang jauh dan dekat...Pose enam bila nak start?..