jadikan denyutan nadimu berentakkan zikrullah

Monday, September 5, 2011

Syawal 1432H

Alhamdulillah selesai sudah minggu pertama Syawal, meraikan kaum keluarga yang jauh dan dekat..dua hri sebulm raya pun dah berskype gan orang2 jauh..angah n fatin..fatin d Jordan raya sma gn Msia cuma dia lambat 5-6 jam..angah raya keesokan harinya..waktu diorg awal 5-6 jam dr msia..so nak chat bila semua de tu susah sket, sorg kat sna tgh pagi.sorang kat sna tgh malam..pe pun, best dapat tgk muka,.terubat rindu..mesti le rindu, kakk n adik sendiri..

raya pertama dan kedua di rumah..macam kebiasaan Syawal sebelum ni..cuma tahun ni bertambah2 seri lagi..alhamdulillah..raya ketiga hingga kelima baru start beraya di kampung..jauh..nan indah..hihi..Dah beberapa tahun gak, ayah ibu dah tak balik kampung pada awal Syawal..klu tak silap masa saya mula menjejak kaki di Jordan dan kakak pula dah berumah tangga..so Syawal yang dirai, disambut ala kadar, tak semeriah sebelum2 ni..n disebabkan kakak pun kekadang cuma dua tiga kali setahun je balik umah kat sini, so dia request nak raya kat umah..jadi berayalah kami di rumah...

Bestnya beraya di rumah ni bukan pe,..tak bersesak gan orang balik kampung..Tambah pula, klu balik Kelantan..ayah kata tahun lepas lebih daripada 1 juta anak perantauan di Kelantan balik ke kpg sambut raya..Ya Allah satu juta?? bior benor..anak kelantan bertebaran di merata2 tempat!!..patut le jammed xhingat nak masuk ke kelantan..sepupu2 pun de yang balik naik flight je..nak elak jammed..tu tak mencabar namanya..hihi..

Yang tak best beraya di rumah pula..lenggang kot kawasan taman..bertemankan non muslim yang tak sambut raya..n kebetulan jiran sebelah pun tak balik raya tahun ni..jadi de lah teman gak..yang len?..hmm, ayah solat kat surau pun, katanya nampak muka2 baru..xkenal..means maybe anak2 perantau..delah satu dua tiga umah yang memang didiami orang asal kat sini..yg len majoriti orang luar..n klu tak silap rasanya ramai anak kelantan gak..ish3

Atuk pun alhamdulillah, dah terurus rapi..makin sihat..cumanya nampak lah tanda2 keuzuran orang dah di makan usia..bila tengok atuk..kekadang terfikir, macamanalah kita nanti dah tua ye..atuk alhamdulillah, anak2 sepakat nak jaga..hm..mudah-an kita bjaya mendidik anak2 soleh, amin..
atuk xberapa ingat kami g ziarah kat hospital baru ni..=(..
atuk duk ulang citer masa atuk kat hspital...sedangkan kami ada dan jaga atuk gak waktu tu..
atuk tak lalu makan, sebab tu masuk hospital..
ubat Dr bagi menyebabkan atuk tak lalu makan (xde selera)..
rupanya Dr salah bagi..Dr hospital sebelum ni kata atuk de kencing manis..
Dr sekarang check kata xde..
geram tul ngan Dr yang salah...
Nasib bek Dr baru ni mmg dah sound cukup2 n ambik tindakan..
klu tak meh kami lak nak tambah semangkuk..geram..
patutnya Dr tu dtg beraya gan atuk..hihi..minta maaf le..
Dah wat orang masuk hospital..ish3

Disebabkan xmakan, kurang gula dalam badan..leh menyebabkan kematian tau..ingat ke terlebih gula je bahaya..rupanya kurang gula lagi bahaya..ish3..xpelah, kita orang beriman, kita kena fikir hidup mati kita atas kehendak Allah..semoga kita dimatikan dalam keadaan yg baik dengan kesudahan yang baik, insyaallah.amin

Moral dari citer ni..sapa jadi Dr sila berhati2..kita tahu Dr pun manusia gak, leh wat silap..tapi kecuaian Dr memang tindakan yang membahayakan...melibatkan nyawa manusia..dan untuk pengetahuan, kita cuma de satu nyawa..ish3...(sabo3!!) Terima kasih juga pada Dr2 yang menjalankan tugas dgn penuh dedikasi..=)

Ok sambg citer balik..terfikif gak pe solusi terbaik nak kurang kesesakan jalan raya setiap kali musim perayaan ye..membesarkan jalan?mengurangkan kenderaan?menambah pengangkutan awam?..aish..tapi yang pasti bukan satu langkah je leh selesaikan maslah, pelan tindakan bersepadu perlu dilakukan...maslahnya sekarang, orang2 yang leh wat tindakan bersepadu ni..diorg terlibat gan jammed ni tak esp kesesakan time musim perayaan..sebab mende ni dah lama..tapi sama je..malah makin teruk lagi delah..ish3..kebajikan rakyat??So pilihan raya nnti, fikirkan2 masa nak mengundi ye..=)

ok, Selamat Menyambut Syawal..Maaf Zahir dan Batin buat yang jauh dan dekat...Pose enam bila nak start?..

No comments:

Post a Comment