jadikan denyutan nadimu berentakkan zikrullah

Friday, May 13, 2011

Y.a.k.i.N

Alhamdulillah angah dah sampai ke tmpt pengajiannya smula..segala hajat dan urusan angah di Msia alhamdulillah berakhir dgn baik dan settle..tapi nmpknya angah meninggalkan list to do dan pesanan2 utk sy settlekan mwakilinya di sini..pe pun, harapnya semuanya bjln lancar n mmg agk sronok gak nk menyelesaikan tugas2 ni coz masa kakak yg pertama dlu, sya xsmpat nk merasainya (coz de nun jauh di mata....)...pepun, perjalanan masih pjg, kita merancang, Allah yg menentukan dan mudah-mudahan segala urusan ini dipermudahkan dan diberkati Allah...amin

-------------------------------------------------------------------------------

Berbalik pada tajuk..yakin...bagaimana nak rasa yakin/confident dgn diri sendiri yg kita mampu melakukannya?.....saya percaya dan mungkin anda di luar sna turut bersetuju, bahawa keyakinan adalah sesuatu yg berkait rapat dengan soal hati..keyakinan ini datang dari Allah yang mengilhamkannya dalam jiwa manusia...

Kadang-kadang bila ayah membaca skrip ucapannya yg disediakan utk majlis2 tertentu, saya pasti bertanya..."macamana ayah boleh confidnt ye cakap macam tu?"..hihi..bukan pe, ayat-ayat ayah memang power..camne ye nk terangkan..bahasa yg digunakan cukup menarik minat saya sbg pendengar (itu pada pandangan saya sendri)..ada nilai bahasa, fakta, dan..hmm..pe ye..
dan ayah selalu jawab..."mohon pada Allah diberikan kita hikmah dalam bicara dan apa yg ingin kita sampaikan itu diterima olh pendengar dan yang paling penting.....(dengan gaya ayah..hihi)....mestilah sesuatu yg disampaikan datang dari hati kita yang ikhlas untuk kebaikan di sisi Allah"...begitulah jawapan ayah setiap kali ditanya..dan satu lagi tips dari seorg motivator tkenal Msia mensihatkan agar lakukaknlah solat hajat mohon pada Allah apa yg disampaikan diterima dan mendatangkan kebaikan bt diri sendiri dan mereka yg mendengar..

Menyedari beberapa kelemahan diri sendiri dapat membantu kita bertindak dengan memperbaikinya ke arah lebih baik..walaupun ianya bukan langkah yang mudah..dan mungkin saja mengambil masa yang lama..namun proses itu tetap perlu dimulakan dari sekarang dan pastikan ianya berterusan, dengan izin Allah..berpegang pada prinsip "alah bisa tegal biasa"...
insyaallah, daripada kelemahan yang telah diperbaiki mungkin saja timbul potensi diri yang lain...

So apa yg perlu dilakukan..senaraikan kelemahan, fikirkan punca dan penyelesaiannya..dan bertindak!!..untuk kebaikan diri dan insan2 tersyg..Sebarkan aura positif.. =)

No comments:

Post a Comment