jadikan denyutan nadimu berentakkan zikrullah

Tuesday, September 27, 2011

Andai ini yang terbaik bagiku... (i)

Tepat jam 12.00 tghari, telefon berbunyi..
"Nana, siapkan barang ye,.ayah tak naik..parking xde kosong..pastikan suis dtutup, air check sx.."
"Jap..jap ayah..xsiap lagi ni..baru nak berkemas..xpe ke?.."
"Xpe..ayah tunggu.."
Ingat pkul 12.30 tghari baru ayah smpai, jadi masa diisi mengemas rumah serba sedikit..rupanya pkul 12 ayah dah sampai..Jadi pergerakan semua dilakukan secepat mungkin..mcm citer supermak tu, boleh ke?!..huhu..
Dah siap berkemas, check pe yang patut..bergegas turun..sure panas ayah tunggu dalm keta..wpun pasang aircond, cuaca di Kelantan masih terik juga, apatah lagi, dgn keadaan parking yg tidak berbumbung dan di tengah bandar..sampai 33 drjah celcius ke atas gak..
Dah turun lif, baru teringat pass masuk xde,jd xleh nak kuar dari pintu bkaca ni..elok nak panggil mr.jaga kat depan, de orang yg lalu..alhamdulillah..jimat masa..sampai di kereta..kemas sket dan kami trus btolak pulang..

Perjalanan dari Kelantan ke Penang, pada hari isnin camni..xmenyesakkan..memandangkan keta xbanyak di jalan raya..so, xperlu bkejar2..cumanya bertembung dengan lori balak ngan minyak ler yg banyak..perjalanan dengan ayah, banyak diisi dengan cerita kerja2 ayah dan motivasi ringkas untukku..selebihnya, ayah berehat..sambil saya melayan fikiran sndri....hihi

Di Jeli, telefon berbunyi..menjeling ayah di sebelah..Kalau ayah kat sebelah masa sya tgh drive, takut gak nak angkat tepon..msti kena marah..hihi..Tapi tangan tetap mencapai telefon dalam handbag, mengintai no. yang tertera, biasanya orang yang telefon pun mesti ada hal penting...

Setelah si pemanggil memperkenalkan diri, saya trus memberikan signal ke tepi dan berhenti..Panggilan daripada orang yang tak disangka2, yang pasti..saya amat menghormatinya...

Khabar gembira daripada si pemanggil, saya sambut dengan kesyukuran kepada Allah..Ya Allah, andai rezeki ini yang terbaik untukku, permudahkanlah Ya Allah..Lapangkanlah jalannya..dan berilah aku kekuatan mengharunginya..Terima kasih atas peluang yang Allah berikan ini..dari jalan yang tidak disangka-sangka..Alhamdulillah...walaupun, ianya masih diperingkat cadangan, dan masih dalam pertimbangan..aku bersyukur Ya Allah..andai ini rezeki yang telah ditetapkan untukku, pasti ianya menjadi milikku, Insyaallah...Alhamdulillah,..

Ayah turut sambut gembira berita yang kusampaikan tadi, dan mengingatkanku untuk sujud syukur...Terima kasih Ya Allah..terima kasih pada mereka yang telah mendoakan..

Next--->telefon supervisor pula, mengucapkan terima kasih, dan bertanyakan tindakan seterusnya...Sempat juga supervisor memberi kata2 dorongan buatku..Alhamdulillah mendapat supervisor yang begitu baik dan tidak lokek memberi bimbingan,tunjuk ajar...
Then--->telefon semula pemanggil pertama, menyatakan persetujuan..Alhamdulillah..

******************************************************

Masih terngiang lagi di telingaku perbualan dengan ibu beberapa bulan lepas...

to be continue................de kja lak

Friday, September 16, 2011

guLa-guLY..

@ Awana Porto Malai, Langkawi

serius cantik punya pemandangan..




borong coklat..........mende pling best...


ksimpulannya: pengalaman yg best..sapa nak g bcuti, g lah kat cni..puas hati!!

Jumpa balik


"Fna.."

Aku berhenti dari pembacaan. Berpusing mencari arah datangnya suara. Di hujung sebuah rak buku, terlihat seseorang sedang berdiri memerhatikan aku. Dialah kot..yang lain tengah wat kerja sendiri. Aku tenung lama, cuba mengenalpasti empunya suara..Dia masih berselindung di sebalik rak..menyembunyikan raut wajahnya di sebalik hijab yang labuh..

Aish..tengok ketinggian ni..rasa macam kenal..hihi..tapi sapa..mulut masih terkunci untuk meluahkan nama..masih tercari2 dan cuba mengenalpasti lagi, biar keluar yang tepat..

“Syirah…”. Aku menyebut dalam keadaan masih tidak percaya..


Dalam hati..”Ya Allah, biar benar..tak ku duga sama sekali!..Di saat ini, di tempat ini..aku bertemu dengan dia!..Ya Allah, hadiah ini paling bermakna di saat ini…!!” Serius, cuba bayangkan sejak tahun 2009, lepas balik dari Jordan..masih xde pluang bertemu dengannya..insan yang satu masa dulu pernah bkongsi suka dan duka, tawa dan ceria bersama…menjadi penguatku di saat terasa lemah..

Pernah berhubung melaui telefon dan sms, tapi sejak tahun lepas terputus hubungan…dengan tidak sengaja..kiranya baru 2 tahun tidak bertemu dan dalam tempoh tersebut cuma dengan kadar setahun yang berlalu dengan tidak berhubung, aku terlalu rindu dengannya!! Usaha mencari tidak berhasil..

Tak percaya rasanya..Ya Allah, terima kasih atas hadiah ini..kami berpelukan dan meluah rindu yang bersarang dalam hati masing2..Ya Allah di kala ini, di saat ini, aku terasa kemanisan sebuah ukhuwwah..!!

Terus terlupa pada buku yang masih terbuka di rak bacaan tadi..kami bersembang sambil berdiri..bertanya itu dan ini..akhirnya kami terpaksa berpisah atas urusan kerjaku yang masih tergendala dan dia yang hendak bergegas ke kelas pula..insyaallah, lepas ni pasti bertemu lagi..

Sepanjang pemanduan pulang ke rumah, dengan keadaan hujan yang lebat..pe lagi..mmg kena bawa slowlah kan..keta2 pun dah 2-3 yng remuk terbabas..bila melepasi kawasan kemalangan, telan liur jelah..Ya Allah, semoga selamat sampai..drive sesorg, tgh hujan dan letih,..radio dipasang sebagai peneman..sedang fikiran terbang.. mengimbas kembali peristiwa manis di Jordan..tersenyum sendiri..

Sms dterima darinya…

“Sahabat abadi..teruja aku dengan kata2 Imam al-Ghazali: “Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya”..Kuharapkan mekar di hati, agar persahabatan suci ini akan terus mantap menjadi syafaat..terukir indah d pintu jannah, Syukran Ya Allah”..

dan bagiku...