jadikan denyutan nadimu berentakkan zikrullah

Thursday, June 24, 2010

i.s.l.a.h

Setiap hari yang berlalu..pasti diakhiri pada malamnya agar andai ditemukan lagi dengan keesokkan harinya semoga ianya memberi lebih kebaikan dan kebajikan di dunia dan akhirat..amin..

Mengislahkan diri daripada yang tidak baik kepada baik..daripada baik kepada yang lebih baik..dan daripada yang lebih baik kepada yang lebih cemerlang memerlukan seribu satu semngat dan usaha yang gigih..apa yang paling, sentiasalah berdoa memohon kekuatan dariNya agar segala perubahan ke arah kebaikan yang dilalui, semangat dan usahanya bukan sampai di situ sahaja..tapi masih dan akan terus kental ibarat jiwa seorang mujahid yang tidak mudah kalah...

P/s..ya,bersemangatlah wahai diri!!!Semoga diberikan kekuataan dan kemanisan dalam ibadah kita, agar hati jadi lebih rindu padaNya..amin

Tuesday, May 18, 2010

Tahniah UM !!

KUALA LUMPUR: Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjadi universiti Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) pertama negara, menduduki tangga ke-69 di belakang Universiti Malaya (UM) serta Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang masing-masing pada kedudukan ke-39 dan ke-51 dalam senarai 100 universiti terbaik Asia. Penarafan universiti serantau yang pertama kali dikeluarkan oleh QS Quacquarelli Symonds Ltd, iaitu penyusun Times Higher Education-QS World University Rankings, turut menyenaraikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada tangga ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-90.

Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli, berkata keputusan penarafan QS.com Asian University Ranking dibuat berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.

Beliau berkata, universiti terbaik bukan hanya cemerlang dari segi kualiti, malah produktiviti tinggi dalam penyelidikan berbanding universiti lain.

"Prestasi universiti Malaysia adalah baik dengan bilangan pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak. Keputusan ini menjadikan belajar di Malaysia sebagai pilihan menarik kepada pelajar antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Berita dipertik dari http://pmr.penerangan.gov.my/

Saturday, April 10, 2010

Coretan hati yang bibir ini tak bisa bicarakan..

Buat dirinya dan mereka..
Terima kasih atas ukhuwwah yg terbina..
Bila ukhuwwah yang dibina atas jalan Allah..
Bertemu rasa tak jemu..
Berpisah terasa rindu..
Tulah baiknya bila duk bjauhan..
Lagi jauh..lagi terasa rapat....?...
Bak kata pepatah..
jauh di mata dekat di hati..huhu..
Semoga ada pertemuan lagi selepas ini..
Maafkan atas segala kekurangan diri..

P/s..sayangkan teman, tinggal-tinggalkan..huhu..lagi jauh lagi rindu..

Thursday, April 1, 2010

Perancangan masa depan?..

Berminggu sudah berlalu bila saya membaca artikel dari sebuah akhbar berkaitan dengan perancangan masa depan : Beli rumah di usia muda..begitulah kira-kira tajuknya..

Setuju dengan pandangan yang diberikan.."Beli rumah pada usia muda"..Saya nak ulas panjang2 pun tak kena gak..coz pendapatan sendiri pun xde lagi..(masih belajar sepenuh masa)..namun sekadar rasa ingin berkongsi..dan meluahkan dari minda ni..

Ibu selalu pesan..sebaiknya rancanglah membeli rumah di usia muda..hmm..mmg betul..Ibu ngan ayah dah pesan awal-awal..jgn diharap pada harta ibu ayah yang hanya sedikit ni..huhu..cukuplah ibu ayah bagi pendidikan untuk kami berusaha sendiri..itu harta yang terbaik yang diwariskan...

Hmm..sepertimana kata seorang hartawan ternama dunia berkata, "Giving your children too much money is a burden, not a gift, and is not a rational thing to do with all that wealth".

Dan berbalik pada usaha sendiri...memang bukan mudah untuk memiliki aset seperti rumah memandang harganya yang semakin melonjak tinggi..tapi jika difikirkan semula..sepertimana yang diulaskan daripada artikel di atas..membeli aset seperti rumah di usia muda sebenarnya mempunyai banyak kelebihan..
Antaranya, kita dapat mengurangkan bayaran pinjaman dengan peluang pinjaman jangka panjang..selain itu, jika membeli rumah di kawasan yang strategik walaupun kita tidak mendudukinya, namun kita dapat melaburkannya dengan menyewakannya pada orang lain dan sebagainya..

Memetik daripada artikel tersebut juga, katanya orang muda sekarang kebiasaannya lebih berminat untuk membeli aset susut nilai seperti kereta, handphone jenama dan barangan mewah lain..sedangkan aset-aset tersebut punya susut nilai selepas saja hari pembeliannya tetapi aset sepeti rumah adalah sebaliknya..malah harganya akan semakin mahal dan nilainya semakin meningkat..Hmm..mmg betul gak bila difikirkan..

Artikel tersebut juga mencadangkan agar kaum wanita juga ke hadapan dalam usaha memiliki aset sendiri.. kebanyakkannya wanita hanya akan membeli rumah bersama pasangannya setelah mendirikan rumah tangga bersama..

Hmm..tak mengapa..tapi andai punya peluang untuk memiliki aset sendiri adalah lebih baik..Di samping dapat mengukuhkan ekonomi sendiri, dapat juga menyediakan payung sebelum hujan..jika terjadi sesuatu yang tidak dikehendaki..(memang kita tak mahukan perkara tersebut terjadi - semoga kita dijauhkan Allah dari perkara tersebut, tetapi tak salah untuk berhati-hati dan sentiasa bersedia)..

Memetik lagi.."Sering terjadi apabila berlaku perceraian, wanita akan menjual rumah tersebut supaya dapat melupakan kenangan dan memulakan hidup baru..tetapi hidup baru yang dibina bertambah perit..bila terpaksa menyewa atau membeli rumah lain dengan beban hutang yang lebih tinggi dalam usia berkenaan.." - semoga kita dijauhkan Allah dari perkara tersebut

Betullah tu..tambah lagi dengan nak cari duit untuk besarkan anak, sedangkan pada usia tersebut dah boleh menikmati hidup selesa jika dirancang dari awal..

Akhirnya..beberapa tips telah dikongsi bersama;
- belilah rumah yang telah dimajukan kawasannya..supaya kalau kita tak duduk pun, senang nak disewakan pada orang
- belilah rumah yang kita boleh jenguk tiap2 minggu ke bulan ke...dlm kata lain..yang mudah dijenguk..
-jgn terburu-buru membeli rumah, buatlah keputusan yang bijak!

Hmm..camne???..huhu..tak pe..tak perlu tergesa-gesa..ikutlah kesesuaian rancangan masing-masing..bak kata pepatah.."Ukurlah baju di badan sendiri"..perbincangan ini hanya sekadar berkongsi dan membuka minda..mungkin 5 tahun lagi?..10 tahun?..15 tahun??!!..

kita hanya merancang dan berusaha, selebihnya mohon diberi petunjuk oleh Allah..Moga dipermudahkan dalam segala pekerjaan dan dimurahkan rezeki..amin

Saya?..isi poket dulu.. =)