
Buku terbaru Ust Zaharuddin yang berjudul "Untukmu wanita" akhirnya dapat dicapai untuk dibeli...Alhamdulillah..dari hari pertama keluarannya lagi dah terintai-intai nak membelinya..namun banyak sangat buku rujukan lain yang perlu diutamakan bagi rujukan pengajian..akhirnya..dapat juga memilikinya..
Apa yang menarik?..hmm..banyak isu yang boleh dijadikan rujukan mengenai masalah wanita..Jawapan yang diberi, pada pandangan saya, amat mudah difahami..dengan hujah-hujah yang kuat..alhamdulillah..sesuai untuk mereka yang tertanya-tanya dan masih ragu-ragu...sesuai juga untuk mereka yang perlukan hujah yang kuat dalam menangkis pelbagai kekeliruan dalam masyarakat sekarang...
Apa yang saya tertarik sangat dengan buku ini...mengenai wanita dan kerjaya..alhamdulillah..tepat dengan masanya saya membaca buku ini..diri yang baru ingin melangkah ke alam kerjaya..dapat meneliti semula sejauhmana keperluan dan batasan-batasan wanita dalam berkerjaya..Pendekatan yang ustaz gunakan dengan mengingatkan kita kembali, wahai wanita yang semakin lupa..akan martabat dan tugas yang tinggi dalam mendidik anak dan menjaga rumah tangga adalah lebih mulia, dan hikmah kejadian wanita..dan mengapa bukan atas wanita kewajipan mencari nafkah..membuatkan diri ini berfikir jauh..segala ciptaan Allah pasti ada hikmah disebaliknya..
Alhamdulillah..semoga dengan pembacaan ini kita, wanita akan lebih bersungguh dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab sebenar..
Tak salah bekerja...namun.........Ya! untuk mendapatkan jawapannya..cepat-cepatlah g kedai buku cari buku ni..
Semoga kita semua beroleh manfaat darinya..Amin
Untuk maklumat lanjut..Layari http://www.galeriilmu.com.my/blog/?p=874